17 August 2009

SEMPURNAKAN SEMPORNA DULU WAHAI SHAFIE AFDAL...

Dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agong Umno di Rompin, Naib Presiden Umno Datuk Shafie Afdal bedal semacam kerajaan Pas khususnya di Kelantan kononnya sepanjang 19 tahun memerintah tak ada pembangunan.

Katanya masjid, jalan, surau, balairaya semua kerajaan pusat yang buat. Kerajaan Pas tak buat apa. Cuma nak tanya kerajaan pusat tu guna duit siapa? Guna duit dari tabung Umno ke?

Kepada Shafie Afdal jangan hanya bedal semacam. Lihat dulu parlimen Semporna yang diwakili dari tahun 1980-an. Apa pembangunan yang dilakukan? Cuba bandingkan pekan Pasir Mas di Kelantan dan Pekan Semporna. Satu dikuasai oleh Pas dan satu dikuasai oleh Umno. Rasanya di antara keduanya tak jauh bezanya. Pasar di Pas Mas jauh lebih tersusun berbanding pasar di Semporna. Stesen bas di Pasir Mas jauh lebih cantik berbanding stesen pengangkutan awam di Semporna. Bandingkan pula deretan kedai-kedai di Pekan Semporna dan deretan kedai di Pekan Pasir Mas Siapa pemiliknya? Walaupun orang Melayu dan Bajau lebih 90% di Semporna kedai-kedai di Semporna majoriti dimiliki oleh bukan bumiputera khususnya orang Cina. Manakala di Pekan Pasir Mas, farmasi, klinik, mini market rata-ratanya di miliki oleh orang Melayu.

Golongan miskin lebih ramai di daerah-daerah di Kelantan berbanding di Semporna? Saksikanlah gambar ini....

Sebuah villa yang terdapat di Semporna
Sebuah lagi banglo mewah yang terdapat di Parlimen Semporna

4 comments:

anakpahang said...

Shafie Afdal - adalah lebih afdal dia menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah sahaja.

Dia boleh tumpukan pembanguman di Semprona khususnya.Tak payah berkokok kat Semenanjung ni.

Bercakap macam orang tak sekolah.Hentam Kelantan macam nak rak.Apa duit kerajaan pusat tu UMNOBN yang punya ke? atau memang duit cukai orang-orang UMNO saja ke?

Balik ke Semporna selesaikan masalah kebanjiran pendatang dari Indonesia dan Filipina yang sejak dulu tak selesai-selesai.

Tak perlu berkokok di sini.Selesaikan dulu Semporna yang tak sempurna itu.

Pernah berkhidmat di Pulau Bum-Bum
Semporna 1982.

Jangan tambiranglah bah!!!

anakpahang said...

Kenapa hentam Kelanatan teruk sangat ni Afdal?

Kan lebih Afdal balik ke Semporan tu dan lihat apa lagi yang tidak dibuat kat Semporna.

Lagipun yang diungkit sangat pasal pusat buat tu buat apa? kan duit tu duit rakyat bukan duit UMNOBN, janganlah bercakap macam tak pergi sekolah.

Masalah hudud tak payah sebutlah, kalau nak membelit pun carilah isu lain, kan ke semua tu di bawah kuasa Persekutuan!!, hentikanlah mainan politik murahan tu...buat malu jadi menteri je....yelahhh menteri-menteri sekarang mana ada malu lagi dah!!!!main ikut sedap bercakap jee.

Sempurkanlah dulu Semporna yang tidak pernah sempurna lagi tu!!

Salam .Pernah berkhidmat di Semporna (Pulau Bum-Bum).

Jangan tambiranglah bah!!!!!!

anakpahang said...

Mengapa galak sangat menghentam Kelantan tu?

Lebih Afdal balik ke Semporna dan lihat apa yang belum sempurna lagi di Semporna tu.

Nak ungkit pasal Kerajaan Pusat buat macam-macam untuk Kelantan, kenapa pulaknya , duit tu duit rakyat bukan duit UMNOBN , bukan duit dari Pejabat UMNOBN.

Hudud? Janganlah bercakap lidah bercabang, kuasa memutusnya di Parlimen.Sanggupkah Afdal menyokong pelaksanaan Hudud di Kelantan jika di bawa ke Parlimen?.

Kalau bercakap jangan tepuk dada tanya selera, tapi kena tepuk dada tanya IMAN.

Lebih Afdal balik ke Semporna dan lihat apa yang masih tidak sempurna lagi di SEMPORNA!!!!

Salam.
Pernah berkhidmay di Semporan(Pulau Bum-Bum)1982.

Jangan Tambiranglah bah!!!!

anakpahang said...

Jangan tambiranglah bah!!!!!