Ketua Umno Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Isa Samad berkata calon Umno di Bagan Pinang kabur. Kabur maksudkanya kelam atau nampak macam tak nampak atau boleh jadi juga buat-buat tak nampak.
Siapa pun calon Umno di Bagan Pinang, Umno di situ sekali lagi bakal menghadapi krisis keyakinan terhadap calon oleh ahli dan penyokong Umno sendiri seperti berlaku di Permatang Pasir sebelum ini. Kenapa Umno masih terkial-kial dalam menentu dan mengumumkan calon di Bagan Pinang dan dalam pilihanraya? Semua ini membuktikan amat sukar mencari calon yang layak dan 'bersih' dalam Umno supaya boleh diterima oleh pengundi.
Di samping itu budaya melobi dan berebut-rebut menjadi calon sehingga wujud puak-puak dalam Umno menambahkan barah yang berlaku dalam Umno setiap kali pilihanraya.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat khususnya Pas soal calon dalam pilihanraya bukan satu persoalan yang merumitkan. Pilih sahaja hendak calon di kalangan latar belakang agama atau profesional atau tokoh kemasyarakatan semuanya ada. Apa yang menjadi masalah pula masing-masing akan menolak untuk dipilih menjadi calon kerana merasakan tugas atau pemilihan sebagai calon sebagai satu tanggungjawab dan amanah di sisi Allah SWT.
Apa yang berlaku dalam Umno di Telok Kemang dan Bagan Pinang bakal memberi ruang sekali lagi kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas untuk membuat satu lagi kejutan Tsunami pilihanraya kepada Umno@BN.
18 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Umno dah Pening nak cari calon..Sbb calon dalam PRK sebelum ni semuanya berproblem dan akhirnya terkantoiii..nak lantik Isa Samad,Umno pulak akan jadi Tak Selamat..Salam Aidil Fitri From http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot (sudi kiranya link blog ana..)
Ok dah di link kan...selamat Hari Raya AidilFitri...
Post a Comment