15 September 2009

FORMULA 1 DAN 1 MALAYSIA....AIR CINCAU DAN SIRAP BANDUNG


Kerajaan 1 Malaysia hari ini mengumumkan akan menubuhkan pasukan bercirikan 1Malaysia dalam sukan Formula 1. Sukan yang paling berprestij di dunia. Sekali dengar memang hebat dan mengkagumkan.

Menurut Datuk Seri Najib pasukan ini akan mengabungkan kepakaran syarikat tempatan seperti Naza Motor, Air Asia,Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM).

"Ini pasukan Malaysia. Kereta direka bentuk di SIC, dikeluarkan di SIC, diuji di SIC dan kereta buatan Malaysia. Kumpulan pitstop pun rakyat Malaysia," katanya. Mengulas lanjut Beliau berkata pasukan 1Malaysia itu akan mengenal pasti pemandu Malaysia yang sesuai, sambil menambah, projek tersebut dapat meningkatkan imej negara di persada antarabangsa.

Najib berkata Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah menerima permohononan Malaysia untuk menyertai kejohanan F1 dunia tahun depan.

Atas kertas semua nampak hebat....Tapi bagaimana pula segala modal untuk menyertai Formula 1 ini. Menurut Najib "pelaburan kerajaan Malaysia adalah melalui Proton". Apa syarikat Proton yang tiap-tiap tahun rugi tu????

Menyertai Formula 1 bukan masuk pertandingan lari dalam guni...paling koman pun modal diperlukan ratus-ratus juta...Bukan nak perlekeh tapi lihatlah apa yang berlaku kepada pasukan ditaja oleh Sauber Petronas yang guna pemandu mat salleh dan pelumba Formula 1 yang pernah dilahirkan oleh Malaysia seperti Alex Yong semua tak ke mana...

Dalam keadaan banyak pasukan ternama seperti Ferrari, Mercedez, Toyota dan Honda ingin menarik diri dari Formula 1 tahun depan pengumuman penyertaan Malaysia adalah sesuatu yang sukar diterima akal. Lebih-lebih lagi ketika kegawatan ekonomi hari ini....

Satu lagi katakanlah pasukan 1Malaysia Formula 1 menang tempat podium dalam pelumbaan tu nanti, pelumba Malaysia tu nak goncang botol air cincau atau botol sirap bandung? Maklumlah kalau sebelum ni pelumba mat salleh yang menang duduk goncang botol arak tapi disebabkan hendak berjiwa Malaysia kena juga cadangkan agar goncang botol air cincau dan sirap bandung pulak untuk menunjukkan identiti Malaysia...Malaysia boleh!!!

7 comments:

Anonymous said...

Tuan,
Belum apa-apa tuan sebut rugi. Macam mana Melayu nak maju.

angkasanuri said...

Sebab sebelum ni dah rugi...Ingat tak kerajaan pernah taja pasukan luar...tulis nama Malaysia besar2 kat kereta Formula 1. Guna duit siapa? Kerajaan guna duit petronas. Tapi lihat bila kerajaan Kelantan tuntut royalti macam2 alasan diberi...

Anonymous said...

bukan ker xelok berburuk sangka...=) renung2kan...selamat beramal

angkasanuri said...

Bukan berburuk sangka kalau dah terang2 goncang botol arak dalam pertandingan, gadis litar pakai skrit ketat nak sama paras dengan seluar d_ _ _ _ m. Paling kurang kos RM 200 juta untuk masuk bertanding itu tak membazir namanya. Kereta proton yang ada di jalan raya sekarang ni pun sering dipertikaikan kualitinya oleh pengguna ( dua kali guna jenama proton sebelum ini ) macam mana nak hasilkan teknologi formula 1? Buruk sangka namanya tu??? Maknanya tengok orang goncang botol arak, membazir duit rakyat dan diserikan dengan gadis litar berpakaian sendat kena berbaik sangka??? Bukan begitu anonymous 6.03 am???

Anonymous said...

cari tempat nak bazir duit rakyat. tak paham aku. sebelum masuk, tingkat kauliti dan teknologi kereta dlm negera dulu. jgn buat kereta mahal tapi ala kadar aje. nasib baik ada cukai tinggi naikkan harga kereta import. sedar diri, tingkat teknologi, baru kita cakap F1. Teknologi lotus..campro...

Anonymous said...

Tuan banyak sangat buruk sangka. Tak baik untuk kesihatan. Idea Team F1 ni dah buat Singapura panas hati bila tengok kita ke depan. Akan ada faedah besar daripada Team F1 ni. Jangan pula tuan nak kaitkan dengan arak. Sukan mana tak ada arak. Bola sepak yang ramai orang UMNO dan Pas gila-gila tengok pun bila menang kejuaraan pancut botol arak. Tapi walau bagaimanapun saya setuju arak tetap haram.

Apa pun bagilah peluang dulu kat Team F1 tu. Nanti ditakdirkan Anwar memerintah (Pas sure tak dapat jadi PM) dan dia pun nak juga F1 Team macam mana ya.

angkasanuri said...

Anonymous..6.11 pm...bukan buruk sangka itulah realiti setiap tahun SIC menanggung kerugian dari formula 1. Buat apa kita nak berbangga tubuh pasukan formula 1 kalau rakyat masih ramai lagi ketinggalan dan hidup merempat. Singapura yang maju pun tak buat formula 1. Kenapa semalam akhbar beritahu kos setahun RM 1 billiion utk formula 1. Cunba tuan fikir apa yang rakyat dapat dengan duit banyak tu. Itu untuk setahun? Kalau 5 tahun ? 10 tahun? dengan duit banyak tu cukup untuk beri biasiswa pada anak2 kita di IPTA dan sekolah.Kalau dah tahu arak haram kenapa nak sokong? Sukan tak ada arak, tuan carilah sendiri...main guli, batu seremban mana ada arak?he..he.. banyak tuan sukan tak ada arak! Saya bukan penyokong DSAI tapi saya menyokong keadilan dan perjuangan untuk rakyat. DSAI awal2 lagi tidak setuju dengan Malaysia tubuh pasukan F1.apa2 terima kasih kerana komen dan beri pandangan tuan. Selamat hari raya..maaf zahir batin.