21 October 2009

TEOH MENCEKIK DAN MEMUKUL DIRI SENDIRI?


Inkues menyiasat kematian Teoh Beng Hock memasuki episod yang paling menggemparkan hari ini. Jika sebelum ini siasatan awal pihak polis dan pakar dari Malaysia membuat andaian Teoh membunuh diri.

Maka dalam inkues sebelum ini pelbagai cerita didedahkan bahawa Teoh membuat invoice palsu, bergaduh dalam bilik air pejabat SPRM pada pagi kejadian dan mengandaikan teoh tak cukup duit untuk berkahwin. Itu keterangan dan fakta dari pegawai SPRM.

Tetapi hari ini Pakar forensik dari Thailand, Dr Pornthip, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Mungkinkah selepas ini ada saksi dari SPRM akan tampil memberi keterangan bahawa Teoh sebenarnya mencekik, memukul dan meliwat dirinya sendiri???

2 comments:

kembara putih said...

Malang bagi 1Malaysia bila pakar2 forensik kita sengaja terlepas pandang pada kesan cekik di leher mangsa. Juga sengaja tidak melaporkan kesan libasan pada paha mangsa dan gagal memberi musabab tapak kasut haus kesan dari diheret. Lebih memalukan mereka mengatakan dubur yang berdarah adalah kesan dari jatuh. Lebih dahsyat lagi bila pakar tersebut beragama Islam.

Sekarang baru buku bertemu ruas. Lihatlah profile pakar forensik Thailand tu, antara top di dunia, pengalaman selama 27 tahun, kendalikan lebih 10,000 kes dan keluar Discovery Chanel lagi. Kalau nak dibandingkan dengan pakar 1Malaysia, macam langit dengan bumi. Tu la ikut skrip Najib lagi, kan dah kantoi dengan yg betul2 pakar.

Nampaknya, habislah UMNO kali ini. Biasanya UMNO akan akur kpd peraturan bila melibatkan pihak luar. Tunggu skrip Najib yang seterusnya.

angkasanuri said...

Mereka bekerja hanya mengikut telunjuk Umno@BN tanpa mengira dan takut bab dosa dan pahala....Kita tunggulah apa drama yang seterusnya....