04 November 2009

DR. ASRI AKAN DITANGKAP LAGI?

Saya baru sahaja mengikuti satu majlis ceramah dan perbincangan 'circle talk' bersama Dr. Asri di Palace Of Golden Horses di The Mines Seri Kembangan Selangor. Majlis itu bersempena dengan satu persidangan di peringkat kebangsaan.

Peserta program terdiri dari golongan profesional dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ada juga pegawai kanan PDRM berpangkat supritandent di majlis berkenaan. Dari jabatan agama juga ada, tak pasti pulak dari JAIS ada atau tidak. Tetapi yang pastinya Dr. Asri masih lagi belum dapat 'tauliah' dari JAIS. Bermakna ceramah yang disampaikan adalah 'haram' bagi pihak JAIS.

Memandangkan Dr. Asri sekali lagi telah melanggar undang-undang memberi ceramah tanpa tauliah mungkinkah beliau sekali lagi akan ditangkap oleh polis dan JAIS?
Sedang menyampaikan ceramah secara 'haram', JAIS kena bertindak!

7 comments:

kembara putih said...

Salam tuan.

Nampaknya Najib mengganas di Selangor pula. Tujuannya mungkin untuk memburukkan kerajaan PR di mata orang Islam dan Melayu. SPRM pula makin giat mencipta konspirasi. Khir Toyo yang songlap berjuta2 tak kena apa2, yang RM2500 (rekaan saja) dicarinya.

angkasanuri said...

Salam kembara putih,

maklumat yang saya terima mereka target Januari 2010 untuk merampas Selangor. Wallahualam. Tetapi perkembangan yang berlaku menunjukkan ada usaha ke arah itu. Kita berharap kerajaan PR di Selangor dan negeri lain bersedia dengan kemungkinan itu.

Matatech said...

anak selangor takkan benarkan selangor dirampas begitu saja. kalau dia buat juga tiada maaf bagi UMNO diPRU13. cukuplah sudah khir toyo memerintah, yang banyak memberi penderitaan kepada anak jati selangor.

Telok Bakong said...

salam
hu hu best giler n3 ni

Anonymous said...

Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Anonymous said...

Apabila kita mengamalkan Islam secara adat dan mengikut amalan orang ramai tanpa ilmu dan tunjuk ajar dari orang berilmu Islam sebenar , maka beginilah jadinya.Orang yang cuba membetulkan amalan/ibadat sebenarnya akan dituduh sesat lah Wahabi lah dan sebagainya.

Zorro said...

aaa wakakaka!!!!

asri sedang merasai AZAB sejak di dunia lagi...