07 November 2009

DR ASRI SERTAI PAS, DR AZIZ BARI SERTAI UMNO?

Spekulasi ini mula belegar di kalangan ramai berdasarkan perkembangan yang berlaku. Dr. Asri diajak ( disuruh kata Ustaz Harun Taib) dalam satu pertemuan di rumah beliau di Kuala Lumpur. Isu JAIS menyebabkan tak pasal-pasal saham Dr. Asri melambung. Isu saman menyaman menyebabkan indeks saham beliau terus naik mendadak. Semasa seminar yang saya hadiri di Palace Of The Golden Horses kelmarin, slot Dr. Asri audien sampai terpaksa berdiri dan melimpah keluar dewan.

Andainya Dr. Asri ditakadirkan menyertai Pas dalam tempoh terdekat sudah pasti ia memberi pukulan maut kepada Umno@BN dengan populariti beliau sekarang. Sekaligus memberi momentum dan kekuatan kepada Pas sekarang yang berhadapan dengan situasi yang berlaku dalam kepimpinan Pas yang didakwa oleh pihak di luar Pas. Sekaligus memberi tonik terbaik kepada Pas setelah tewas di pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Begitu juga kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang kebelakangan ini begitu 'celupar' mengkritik kepimpinan Pas. Beliau sebelum ini dilihat pro Pakatan Rakyat terutama dalam menyentuh isu-isu berkaitan dengan undang-undang dan pelembagaan. Maka tulisan dan ulasan beliau dijadikan 'fatwa dan hujah' Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan isu penyelewengan undang-undang khususnya dalam krisis yang dicipta Umno@BN di Perak.

Andainya Dr. Aziz menyertai Umno@BN ia pastinya akan memberi kekuatan kepada Umno@BN yang sekarang sedang berhadapan pelbagai krisis kronik sama ada dalam Umno sendiri atau melibatkan komponen mereka dalam BN khususnya MCA,MIC dan Gerakan.

Bagi saya kepada pimpinan dan penyokong Pas agar tak payahlah fikir spekulasi ini. Pas perlu bina kekuatan dari dalam bukannya mengharap orang luar memantapkan perjuangan Pas. Jika berlaku, anggaplah ia sebagai bonus dan bukan faktor penentu kepada kemenangan dan kemantapan jemaah. Berkaitan dengan keceluparan Dr. Aziz Bari dan kemungkinan menyertai Umno biarkanlah, Pas hari ini melangkah dan berdiri gagah kerana iltizam, keikhlasan dan pengorbanan pimpinan dan semua lapisan dalam Pas sehingga Pas begitu digeruni dan dicemburi pada hari ini. Seperti saya sebutkan sebelum ini individu boleh datang dan pergi. Mereka yang hidup akan menempuh saat mati tetapi perjuangan meneruskan kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW perlu diteruskan. Berundur tidak sama sekali!

6 comments:

Telok Bakong said...

aku punya teori terbalik dari ape yg ko nyatakan hu hu

Anonymous said...

PAS masuk BN
Dr Asri masuk UMNO
Dr Aziz tidak berparti tetapi pro DAP

Anonymous said...

Elok Dr Asri masuk umno. Mudah beliau nak membenteras masalah takin, lap muka lepas sembahyang, qunut, tahlil. Kalau duduk dalam PAS nanti banyak masalah. Ada ASWJ, ada Syiah, ada libral, ada wahabi. Nanti lagi pening.

Bagi Dr. Aziz Bari pula elok kiranya beliau masuk PKR. Pandai cakap dan pandai tulis. Sesuai digabungkan dengan Zaid Ibrahim.

MC_Shaharul said...

alaa ape salahnye trima pendapat org lain utk kebaikan pas..jgn jd jumud,nnti org meluat,tp komen aziz bari kpd media tue x kena la,klu dia bg komen kt mesyuarat khas tue hari nie kn bgs..pape pn pas kene berlapang dada trima pndpt org len..

Anonymous said...

Aziz Bari adalah murid setia DSAI. Beliau akan sehidupmati bersama DSAI dan akan melakukan apa saja untuk DSAI jadi PM dan anak buah serta pemuja DSAI dalam PAS memimpin parti...tak caye..tengokle.....

mack said...

Aziz bari dan Asri masuk PAS atau PKR ok je pendapat beliau amat baik kena terima dengan fikiran yang waras