12 November 2009

Kickdefella : SEPERTI MELEPASKAN ANJING YANG TERSEPIT...

Saya melihat ada usaha berterusan dan terancang untuk memburukkan imej kepimpinan dan Pas secara keseluruhan menjelang pilihanraya umum ke 13. Pihak tertentu cuba menggambarkan imej Pas yang bertelagah sesama sendiri, menyimpang dari landasan Islam dan lebih jelik lagi kononnya terlibat dengan makan rasuah, skandal dan penyelewengan.

Dalam menjayakan misi ini mereka menggunakan pelbagai sumber misalnya maklumat 'orang dalam' untuk meyakinkan masyarakat.

Serangan ini cuba dilakukan bertubi-tubi setelah usaha memecah belah dan melaga-lagakan kepimpinan Pas menemui kegagalan.

Terkini, selang sehari dengan mendakwa Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat mendapat 'rasuah haji' dari VVIP tertentu perhatian dialihkan pula kepada menantu beliau Mohd Ariffahmi Abd Rahman yang juga Pengerusi Eksekutif Pejabat Perbadanan Menteri Besar.

Kali ini tindakan itu dilakukan oleh senior saya masa di USM dulu Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella. Semalam beliau mengancam dan mengugut untuk mendedahkan segala 'penyelewengan' yang berlaku dalam PMBK. Kenyataan itu keluar setelah beliau dipecat dari jawatannya Pegawai perhubungan korporat di situ.

Tindakan pemecatan itu adalah wajar kerana tindakan untuk memburukkan imej PMBK yang dinaungi oleh Kerajaan Negeri Pas Kelantan di bawah anak syarikatnya. Tindakan yang saya sifatkan lebih kepada didorong oleh pihak tertentu dan mempunyai agenda peribadi untuk membalas dendam dan umpama melepaskan anjing yang tersepit.

Sebelum ini ketika beliau ditahan reman dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dengan isu kempen kibar bendera Malaysia terbalik, Kerajaan Negeri yang bersusah payah dalam urusan jaminan dan menyediakan khidmat guaman terbaik untuk beliau.

Isu penyelewengan ini sengaja dicipta untuk memburukkan imej Pas dan pimpinan mereka khususnya Tuan Guru Nik Aziz agar rakyat hilang kepercayaan kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang. Cerita ini samalah dengan cubaan memburukkan EXCO dan ADUN Pas di Kelantan sebelum ini seperti yang dialami oleh Datuk Husam Musa yang akhirnya wakil rakyat Umno terlibat terpaksa memohon kemaafan kepada Husam kerana keceluparan mulut mereka yang menuduh tanpa asas dan bukti yang jelas.

Akhirnya saya ingin mengingatkan semua pihak dalam Pas di semua peringkat agar berhati-hati dengan agenda musuh ini untuk memberi imej negatif dalam usaha untuk menewaskan Pas dan pakatan rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.Apa yang dilakukan ini tidak lebih dari usaha untuk mengalih pandangan dan perhatian masyarakat tentang skandal, perpecahan dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Umno@BN semakin gawat dan kronik.

7 comments:

Anonymous said...

Saya setuju dengan apa yang tuan katakan mengenai agenda BN untuk mengalihkan perhatian terhadap kelemahan mereka. Tapi di masa yang sama, CEO PMBK dilihat sebagai liabiliti kepada Nik Aziz dan Pas walaupun beliau bersih dan tak menyeleweng.

Politik adalah persepsi. Walaupun dengan kelulusan dan pengalaman yang ada, beliau layak dilantik sebagai CEO PMBK, namun persepsi orang lain turut mengaitkan hubungan mertua-menantu. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya Dato' Najib melantik menantu Rosmah, Dr. Fazley sebagai CEO syarikat GLC?...

Anonymous said...

Kah kah kah
SPRM akan membuat siasatan aduan tajaan haji TGNA ....
Kah kah kah
SPRM akan membuat siasatan berdasarkan aduan pemuda UMNO kelantan ke atas Tim. MB kerana membeli seluar dalam import dari cina ...
Kah .kah .kah.
SPRM akan membuat siasatan rapi ke atas NIk Amar exco kerajaan kelantan berdasar aduan putera UMNO kerana terkicit dalam kain semasa masuk jamban ....
Kah kaha kah
SPRM akan membuat siasatan menyeluruh ke atas exco kerajaan kelantan HUSam MUsa kerana kegagalan beliau mengisytiharkan selipar yang ditemui semasa banjir
Kah kah kah
Berdasarkan aduan Wanita UMNO, SPRM akan membuat siasatan ke atas dakwaan terdapat virus di kemboja dan cina .....
Kah kah kah cerita munkee bermula.....

azhar said...

salam ...saya memang satu batch USM dgn Syed..cuma dulu mmg beliau tidak sealiran dgn PAS..heran jugak perubahan mendadak dari penyokong Efendi Norwawi boleh terus ke Nik Aziz. Tapi perubahan mmg digalakkan cuma bila berhadapan dgn ujian..maka..ada yg lulus ade yg gagal...maka berhati-hatilah...

AntiBeerN said...

Pemimpin PAS pun kena lebih berhati2 sekarang ni, kerana geng BeerN ni memang dok cari peluang nak "smash" kat kepala PAS. Jangan lah sekali - kali dok bagi bola tanggung kat depa...

Anonymous said...

Kickdefella tidak mengkhianati PAS tapi dia berdepan dengan menantu Tok Guru Arif Fahmi yang memang sah ahli UMNO kawasan Machang yang buat hal dalam PMBK. Tok Guru tak kenal lagi perangai menantunya ini.

mat_kedah7888 said...

salam, saya rasa bukan dana dari pemimpin Pas, tetapi dari UMNO sendiri sebab kicksefella ckp untuk memburukkan TAB... saya rasa mungking org Najib yang terlibat. ala dunia sekarang apa2 pon bleh jd. kita bukan tau kan? lagi pon mungkin kickdefella ni hangin sebab x dapat apa2 jawatan

Anonymous said...

kenapa la korang ni asyik memfitnah?salahkan orang lain?sbb tu meLAYU tk maju..Klu cm ni aku teringin sngt nk masuk politik sbb klu aku buat salah, aku dgn senang atinya menuduh parti lawan yg merancang suma tu..Klu kita tak ada fakta, jgn dok menuduh (@ lbh tepat fitnah sbb tkda bukti...baik parti pro atau lawan,kita sama2 melayu. lbh baik sama-sama kita bersatu..Knp nk berpecah semata-mata fahaman lain2..