17 November 2009

PENGERUSI SPR CALON UMNO KOTA SIPUTEH?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan DUN Kota Siputeh diistiharkan kosong. Maka satu pilihanraya kecil perlu diadakan. Pemimpin Umno@BN membisu barangkali hilang punca atau terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

Tetapi nampaknya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang seperti tidak dapat menerima hakikat dan keputusan berkenaan. Beliau berkata akan merujuk hal berkenaan kepada Peguam Negara dan pada hari Jumaat ini rayuan SPR untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan mahkamah tinggi semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi. Apakah skrip di Perak akan berulang?

Kegelisahan Abdul Aziz terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mudah difahami. Ini kerana Abdul Aziz juga bertindak melangkaui kuasa Speaker Di Perak apabila menolak kekosongan 3 kerusi Dun di Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Banyak lagi tindakan dan dasar yang diperkenalkan oleh Abdul Aziz sejak menjadi Pengerusi SPR seolah-olah menjadi jurucakap dan mengikut telunjuk pemimpin Umno@BN. Jika begitu situasinya saya mencabar Abdul Aziz untuk meletak jawatan dan menjadi calon Umno di Kota Siputeh.

3 comments:

ANAFAKIR said...

SPR gelisah, takut-takut nanti hakim akan memutuskan 3 DUN di Perak tu memang sah kosong.Kuasa speaker memang tidak boleh dicabar kerana undang-undang tubuh memberi kuasa mutlak kepada speaker...

Andaikata mahkamah mengisytiharkan DUN Perak yang terlibat kosong, mana nak letak muka TS Aziz Yusoff tu?...malu dan memalukan..besar 'kemaluannya' tu nanti.

SPR pun silap..kenapa pi 'over-rule' bidang kuasa speaker, sedangkan selama ini, kuasa speaker adalah termutlak dan muktamad.Cuma selepas Mac 2008 je..macam-macam pentafsiran undang-undang telah UMNO nodai..

Semuanya kerana kepentingan politik. Cuma yang benar akan tetap benar..hanya masa yang menentukan.

Unknown said...

cuti sakit sekarang dah tak valid ke? atau kalau kita cuti sakit, sijil cuti sakit kena diberi pada hari kita sakit atau sehari sebelum?...

angkasanuri said...

salam aziz , bukan isu cuti sakit. Undang-undang tetap undang2 adakah bekas adun Kota siputeh terlalu sakit sehingga tak larat nak tel / sms speaker? adakah beliau tak ada pembantu, kawan2 atau ahli keluarga? Adakah beliau tak faham atau memang tak nak ikut undang2? Kalau setakat sijil cuti sakit banyak klinik yang boleh bagi MC ' back dated' RM 5 - RM 10 je...