Sekumpulan penduduk seksyen 23, Shah Alam yang terlibat dalam kes memijak kepala lembu, memegang poster yang memaparkan gambar pemimpin tertinggi DAP dari kiri, Anthony Loke Siew Fook, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sambil melaungkan slogan 'Hidup Melayu' di hadapan Kompleks Mahkamah Shah Alam, Selangor semalam.
Manakala dalam satu isu lain yang berkaitan, Ketua Umno Bukit Bendera,Datuk Ahmad Ismail yang sebelum ini digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana menuduh orang Cina sebagai kaum pendatang dalam satu majlis ceramah semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh telah ditarik semula hukuman itu oleh Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat Jumaat lalu. Kenyataan celupar itu telah menimbulkan kemarahan orang Cina sama ada pro BN dan Pakatan Rakyat.
Tindakan MT Umno menarik balik hukuman ini membuktikan bahawa Umno parti perkauman dan menyokong tindakan yang sengaja mencetuskan sentimen dan api perkauman di negara ini. Jelas semangat 1Malaysia hanyalah retorik dan strategi politik murahan.
08 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
muka mamat2 lembu hari tu ade juga patutlah. manusia cam nie mmg bangsat
Ononymous 10.27 pm..Saya terlepas siarkan komen anda. Mungkin boleh gunakan bahasa yang lebih melambangkan peribadi yang sopan. Apa2pun terima kasih kerana mengunjungi blog ini.
Post a Comment