02 December 2009

LEBIH 5 RIBU DEMO DESAK TGNA LETAK JAWATAN.......

Laporan Berita Harian :

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Laporan Kosmo :

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Laporan Metro:

Lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menggelarkan diri mereka Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan berhimpun di pekarangan pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim semalam.

Laporan The Star Online :

Kira-kira 1,000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.

Jadi jumlahkan semua sekali mesti lebih 5 ribu orang. Itu belum masuk laporan NST dan akhbar lain dan semua portal dan blog silap-silap lebih 100 ribu orang. Tapi melihat jumlah di bawah ini agak-agak berapa orang ye yang hadir demontrasi semalam? Kalau laporan angka yang hadir demontrasi pun menipu bagaimana nak pertikaikan kredibiliti TGNA yang telah 20 tahun mentadbir Kelantan.



3 comments:

al-brangi said...

salam,

kalau dikira dengan bayang-bayang sekali pun baru 400 orang. Ni mesti belajar matematik dalam bahasa inggeris ni.

budak kampung online said...

ziarah. ramainya tak terkira muka-muka penolak doa.

angkasanuri said...

Salam tuan brangi dan budak kampung online...Biasanya dalam setiap demo anjuran Umno mereka akan kira sekali polis yang mengawal demo tu...