15 December 2009

TARGEDI JJ DI MELAKA MELETUP: SATU LAGI PROJEK CAP AYAM?

Sekembalinya ke Melaka, saya dikejutkan dengan berita Medan selera JJ Melaka yang bakal dibuka pada 17 Disember ini meletup yang menyebabkan seorang penyelia restoran, Tiau See Peing, 25,(gambar) maut manakala 16 cedera.Daripada kesemua mangsa yang cedera, tujuh cedera parah dengan tiga berada dalam keadaan kritikal. Mereka yang kritikal ialah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32, dan Ooi Kok On, 33.

Boleh dikatakan setiap hari saya melalui jalan di JJ Melaka ini untuk pelbagai urusan. Saya melihat JJ Melaka dibina 24 jam sehari tanpa henti. Mengikut perkiraan saya bangunan sebegini hebat dibina dalam tempoh tak sampai 3 bulan daripada projek bermula. Jurutera dan pekerjanya majoriti adalah warga asing.

Oleh itu ada beberapa persoalan yang saya ingin utarakan. Dalam tempoh begitu cepat dan pantas pembinaan projek ini yang bakal dibuka 17 Disember adakah bangunan berkenaan telah mendapat sijil layak menduduki (CF) ? Dalam isu yang lain, adakah kerajaan negeridan pihak berkuasa tempatan telah membuat kajian mendalam sebelum bangunan berkenaan diberi kebenaran untuk dibina?

Bagi mereka yang biasa berulang alik melalui projek ini sedia maklum bahawa jalaraya berhampiran kawasan ini sering sesak teruk terutama pada waktu puncak dengan adanya Pasaraya Tecso dan Melaka Sentral. Saya tidak dapat bayangkan kesesakan yang berlaku apabila JJ ini dibuka.

Tragedi letupan itu sepatutnya membuka mata semua pihak tentang kepincangan yang berlaku di sebalik projek ini. semua yang terlibat sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kontraktor terlibat perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam tragedi malang ini kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa orang ramai.

Saya melihat tragedi ini ada hikmah si sebaliknya sebagai satu peringatan Allah SWT terhadap sikap tamak dan kerakusan manusia tanpa mengira kepentingan orang ramai dalam mengaut keuntungan.

Dalam hal ini, pembukaan pasaraya ini perlu ditangguhkan sehingga semua siasatan selesai dan keselamatan orang ramai terjamin. Kita tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban gara-gara kelalaian dan kecuaian manusia.

3 comments:

Anonymous said...

salam,

ini bukan masalah struktur bangunan.. Bangunan ini company jepun yg punya.. dan kita tahu betapa jepun amat memntingkankeselamatan... kejadian gas meletop kerana berlaku 'leakage' pada tong gas tersebut.. tidak kena mengena dengan struktur bangunan.

- parti jahat -

Anonymous said...

Tong gas pulak? dengar berita kata paip gas bangunan tu,, mana satu dah..? paip gas bukan struktur bangunan juga ke?

sakariya said...

Padan muka Ali Ketam! terlalu bangga sangat dengan pasaraya besar inilah akibatnya, yang penting projek.... mesti masyukkkkk. Hari demi hari Pulau Melaka akan tenggelam!!!