Isu perletakan jawatan semua pegawai syarak Surau an Najihin Taman Merdeka yang digunakan untuk solat Jumaat minggu lepas secara mengejut dan serentak terus berlarutan. Walaupun mereka yang meletak jawatan dipanggil berbincang dengan Majlis Agama Islam Melaka minggu lepas itu tetap tidak mengubah pendirian mereka untuk terus meletak jawatan kerana tidak menyenangi campur tangan politik Umno di surau berkenaan walaupun mereka tidak menyebelahi mana-mana parti poltik.
Natijahnya, dalam solat Jumaat semalam imam 2 dari Masjid Taman Merdeka terpaksa diimport untuk mengimamkan solat Jumaat dan membaca khutbah. Itu semua tidak pelik memandangkan Bilal 2 yang juga Pengerusi Surau yang gila kuasa dan disokong kuat oleh Umno tidak mempunyai kelayakan langsung untuk mengimamkan solat Jumaat apa lagi membaca khutbah. Itu belum lagi nak disuruh berkhutbah. Kalau nak suruh Pengerusi JKKK, yang dikenali sebagai Md. Zin jauh panggang dari api. Tetapi kalau nak bagi projek besar surau atau untuk buat longkang surau itu dah memang kerja dia sebagai kontraktor yang bernaung di bawah Umno.
Malah di khariah berkenaan memang tidak ada mereka yang dalam puak Umno di situ yang berkelayakan untuk menjadi imam di surau berkenaan. Jadi sampai bila perkara ini akan dibiarkan berlarutan? Adakah sepanjang masa surau berkenaan kena mengimport imam setiap kali Jumaat. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat memuaskan hati puak Umno di tempat berkenaan yang sering kali campur tangan dalam pengurusan suara di tempat berkenaan.
Untuk makluman khariah dari surau An Najihin terdiri daripada penduduk Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Datuk Tambi Chik Karim dan Taman Angkasanuri mewakili ribuan rumah penduduk beragama Islam di situ. Gugusan perumahan ini adalah yang terbesar di Melaka. Dalam pilihanraya umum yang lalu dalam tahun 2008, Dun Ayer Keroh di situ dimenangi oleh DAP dan Parlimen Bukit Katil, PKR hanya tewas tak sampai 1800 undi berbanding lebih 20 ribu majoriti berbanding pilihanraya 2004.
Situasi yang berlaku di Surau An Najihin yang melibatkan campur tangan Umno akan menjadi titik tolak kemungkinan besar Parlimen Bukit Katil akan dikuasai oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang kerana khariah di sekitar surau berkenaan mewakili lebih daripada 10 ribu pengundi. Apa yang ingin digambarkan ahli khariah yang sebelum ini menjadi penyokong Umno dan atas pagar dalam pilihanraya lalu mungkin akan beralih angin menyokong Pakatan Rakyat kerana sudah cukup meluat dengan tindak tanduk Umno di kawasan berkenaan.
artikel sebelum ini :
http://angkasanuri.blogspot.com/2009/12/gempar-kerana-politik-umno-seluruh-ajk.html

9 comments:
Kini masjid tidak lagi diberkan untuk pengajian Ilmu, hanya sekadar untuk melakukan Ibadat sahaja. Di bulan Ramadhan hanya dibenarkan untuk betarawih sahaja. Tazkirah tak dibenarkan. Fungsi sebenar masjid tidak menepati kehendak masjid. Maka inilah yg terjadi selagi hukum Allah tidak dilaksanakan
Salam saudara Ayid, seringkali Umno menuduh Pas mempergunakan masjid dan surau. Tetapi mereka enggan mengakui setiap kali penyokong Pas terlibat dalam pengrusan surau dan masjid, rumah Allah dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Tetapi bila Umno yang terlibat dalam surau dan masjid, politik kebencian, gila kuasa, dan politik balas dendam berlaku. Apakah puak Umno berkenaan tidak dapat bezakan di antara rumah Allah dan balarairaya?
kalau kena import nampaknya mmg takde lagi la org yg layak selain dr Imam Soeb yg dulu...patutnya , pengerusi tu kena letak jawatan, sbb tak layak & tak tahu nak memimpin. Pemimpin jenis apa ni..klu semua org yg dipimpimnya dah nak nak di pimpin lagi...sendiri mau ingat laa...tapi tu la , bila duit & pangkat yg menjadi matlamat, org dah tak suka pun tak sedar2 jugak..masyaallah...mcm ni punya org pun ada jugak...wslm
minta diketengahkan ke peringkat nasional...isu ini merosakkan aqidah dan memecahbelahkan umat Islam kerana dajal kecil yang berkuasa.
sape bole citer kat saya... kenapa surau tu bole solat jumaat? bukan solat jumaat kat masjid ke?
Sdr Gelombang...ikut sejarah Surau An-Najihin dibenarkan buat solat Jumaat dah 7 tahun (JAIM luluskan) pasal penduduk ramai (boleh tampung 600jemaah, hingga terpaksa tambah 3 buah khemah, dalam surau 1 saf 32orang,...ada 14 saf tak masuk kiri kanan dan belakang). Sehingga kini semuanya diuruskan sendiri, collection min 500+- kadang-kadang cecah 1000+-. Masjid Istiqlal kecil collection pun tak macam Surau An-Najihin.
apa la bangang sgt gelombang ni...dlm islam sebenarnya x ade istilah surau ataupun masjid semuanya sama rumah allah asalkan cukup 40 jemaah yg bermastautin maka bole le buat solat jumaat..ada faham ka...
Kalau surau dah boleh buat sembahyang Jumaat , dah macam masjid la..so, mmg selayaknya di naik taraf ke masjid.Apa masalah nya pegerusi tu tak setuju naik taraf ntah...mmg ada motif tersembunyi la tu..wallahualam
Pengerusi tu jadi kuda je. Sana sini karaoke...memang tak tau malu. Tali barut jkkk dan keldai si ketua umno seri gelam. dah ada plak iklan jawatan kosong untuk peg syarak...kalau tak malu dan nak tanggung dosa dengan ajk yang ada pergi la mohon...selagi si pendek, jkkk, ketua umno tu ada memang takkan aman merdeka jaya
Post a Comment