Pilihanraya kampus yang sedang hangat sekarang dicemari dengan pelbagai insiden yang cukup memalukan. Belum pernah dalah sejarah, golongan terpelajar ini bangun menyatakan hak mereka secara beramai-ramai apabila demokrasi kampus cuba dicabuli dan dikhianati.
Kemenangan beberapa calon Pro Mahasiswa di UPM dibatalkan kerana didakwa berkempen dalam Facebook. Kemenangan Pro Aspirasi di UM dan UKM dibantah secara besar-besaran kerana dakwaan penyelewengan yang berlaku. Di UM bantahan secara luar biasa pelajar memaksa pihak Universiti menangguhkan keputusan yang diumumkan sebelum ini.
Kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Khaled Nordin bahawa pelajar yang membantah pilihanraya kampus sebagai tidak matang sebenarnya kena pada batang hidung beliau sendiri.Bercakap dan mengeluarkan kenyataan tanpa berdasarkan fakta dan menyiasat terlebih dahulu dakwaan dilakukan oleh pelajar. Adakah menteri ini fikir mereka yang membantah ini budak tadika atau pra sekolah? Mereka adalah golongan yang cukup cemerlang dalam pendidikan lebih-lebih lagi kejayaan mereka memasuki antara IPT yang terelit di negara ini.
Khalid Nordin mungkin cukup tertekan dengan apa yang berlaku di kampus sekarang kerana sudah pasti beliau akan terpaksa menjawab kepada orang atas kenapa berlaku kegawatan yang mencemar imej negara yang sebelum sudah cukup banyak dipalit aib.
Dalam hal ini saya memuji naib cancelor UM yang bersedia berunding dan mendengar serta akan menyiasat semua dakwaan yang dilakukan oleh pelajar.
Sebagai bekas pimpinan pelajar di IPTA di negara ini, diskiriminasi, penyelewengan dan manipulasi serta ugutan kepada pelajar yang tidak pro HEP (Umno-BN) bukan perkara baru. Pelbagai peraturan pelik akan dibuat untuk memastikan gelombang pelajar yang menyokong suara mahasiswa yang menjadi cerminan suara rakyat tidak berlaku di kampus. Pelajar akan diugut dengan pelbagai taktik seperti disingkirkan dari kolej kediaman dan dikenakan tindakan tidak masuk akal. Bagi kami bekas pelajar yang pernah memperjuangkan suara mahasiswa di kampus kalah menang adalah perkara biasa. Kami boleh menerima dengan terbuka apa juga keputusan jika proses pilihanraya dilaksanakan secara adil dan telus.
Apa yang berlaku dalam pilihanraya kampus sekarang memberi isyarat kepada Pakatan Rakyat untuk bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai taktik dan strategi yang lebih kotor yang bakal dilakukan untuk pihak Umno-BN dalam pilihanraya umum akan datang. Maka dalam hal ini pimpinan dan jentera Pakatan Rakyat di semua peringkat perlu bersedia menghadapi segala kemungkinan. Isu remeh temeh, perselisihan pendapat dan kenyataan yang memberi gambaran negatif kepada Pakatan Rakyat perlu dielakkan. Agenda rakyat dan nasional perlu diberi keutamaan. Ini kerana penyertaan dalam pilihanraya akan datang adalah sebagai 'kerajaan dalam penantian' dan bukan lagi sebagai pembangkang.

1 comment:
sebagai mahasiswa itu adalah hak mereka, kita semua yang pernah menjadi mahasiswa tentu tahu peraturan. jika benar mereka melanggar peraturan berkempen biarlah pihak universiti yang tentukan hukuman. mungkin ini adalah langkah bagi PR mengambil peluang meningkatkan idea bagi mengaitkan isu ini dengan pilihanraya yang akan datang. biasale macam2 hal. yg dah tua pun tak reti bahasa apa lagi orang yang muda. darah panas kot
apa pun yang terbaik harus diundi semula agar proses pengundian berjalan lancar
Post a Comment