12 January 2010
PRU MAKIN HAMPIR , NAJIB SEMAKIN MERAPU...
Entah apa yang tak kena dengan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak yang semakin merapu dalam ucapannya. Minggu lepas, beliau berkata kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pertubuhan yang ingin mengadakan demontrasi. Walhal sebelum ini beliau cukup fobia dengan demontrasi. Malam tadi dalam ucapan di hadapan kakitangan awam sempena majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) beliau meminta supaya semua sektor perkhidmatan awam berkhidmat secara penuh profesional tanpa didorong oleh kecenderungan politik.
Mungkin kalau cerita kat orang yang duduk di hulu sungai atau tengah hutan mungkin mereka akan angguk menyokong bulat-bulat apa yang dikatakan. Mungkin Najib terlupa 'road show' bertemu kakitangan awam sewaktu menjadi timbalan Perdana Menteri sebelum PRU ke 12 yang lalu dalam ucapannya beliau melaungkan 'Hidup BN' dalam majlis berkenaan. Adakah 'Hidup BN' itu motto atau slogan baru kerajaan? Mungkin sudah terlalu terdesak sehingga tak dapat beza di antara kerajaan dan parti politik.
Selama ini pemimpin Umno@BN lah yang sering memperalatkan kakitangan kerajaan untuk berkempen terutama sewaktu pilihanraya. Itu dalam majlis dengan kakitangan awam kalau dengan orang kampung perkataan Umno dan BN sudah jadi macam zikir mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment