15 February 2010

CIKGU MAKAN NASI BUNGKUS...........

Tidak ada lagi makan secara buffet dan ala carte kepada semua guru yang hadir berkursus atau mengikuti apa sahaja program anjuran jabatan dan Kementerian Pelajaran. Ini berikutan langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia berikutan krisis kegawatan ekonomi.

Maka mungkin ada komen dan ulasan, guru di Malaysia patut bersyukur kerana masih lagi diberi makanan ketika berkursus berbanding dengan guru di beberapa negara lain yang tak diberi makan langsung!

Bagi saya jika benar keadaan negara berada dalam gawat semua pihak tanpa mengira ideologi politik perlu menerima hakikat dasar penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia. Tapi apa yang saya pelik dalam masa yang sama ketika guru-guru disuruh makan nasi bungkus, kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan pengurusan kewangan yang tak masuk akal.

Misalnya, gaji dan elaun polis meningkat berkali ganda ketika perkhidmatan kerajaan lain disuruh berjimat cermat dan perbelanjaan mengurus dipotong. Ada yang berkata, bersyukur dan tak usah berdengki itu dah rezeki polis. Ini bukan soal dengki dan sebagainya. Saudara mara saya ada yang jadi pegawai kanan polis. Malah dengan pendapatan saya sekeluarga sekarang mencecah lima angka, apa yang diperolehi lebih dari cukup,Allahamdullillah.

Apa yang saya perhatikan kerajaan 1Malaysia terus menunjukkan sikap membazir dan boros. Contoh program Juara Rakyat yang dijadikan road show ke seluruh negara yang merupakan agenda Umno yang menggunakan duit rakyat sesuka hati. Kos puluhan ribu ringgit untuk mengangkut orang ramai, makan minum, promosi dan persiapan tempat. Program berkenaan adalah program Umno kenapa perlu kerah dan paksa kakitangan kerajaan ke program berkenaan?

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran buat-buat terkejut apabila kajian menunjukkan 60 % pelajaran Tahun 1 tidak menguasai 3M. Kenapa nak buat-buat terkejut, bukankkah kerajaan dah habis lebih 5 bilion untuk laksanakan PPSMI? Sibuk sangat dengan bahasa inggeris sehingga ramai murid Tahun 1 yang pastinya majoriti anak Melayu masih lagi buta huruf.

Apabila murid tak kuasai 3M, guru dikritik kerana tak laksanakan tanggungjawab. Kesian pada cikgu-cikgu sentiasa jadi mangsa bila sesuatu program Kementerian Pelajaran kerajaan 1Malaysia menemui kegagalan. Kepada cikgu-cikgu yang sanggup ke pedalaman, berpisah dan berjauhan dengan suami isteri dan anak tercinta, bawa kerja ke sekolah sehingga ke rumah dan seringkali terpaksa mengorbankan cuti untuk melaksanakan tugas mendidik anak bangsa bersyukurlah kerana masih lagi dapat makan nasi bungkus!

5 comments:

orangkasai said...

agak-agak nasi bungkus cikgu dengan makanan banduan yang mana lebih hebat?

Anonymous said...

1Malaysia...banduan didahulukan...

Anonymous said...

1Malaysia...banduan didahulukan...

Anonymous said...

TAK PER, KEMENTERIAN PELAJARAN ADA SATU LAGI program yang dinamakan LINUS - penguasaan dalam bacaan.menulis dan mengira. guru-guru tahun 1 terpaksa dihantar untuk berkursus( kelas ditinggalkan) dan berbagai ujian pengesanan akan diadakan. guru tidak bertambah. mengajar semakin kurang, program baru sentiasa bertambah begitu juga dengan kertas kerja atau dokumentasi yang perlu dibuat oleh guru tahun satu. So mengajar atau p& p dalam kelas tidak seratus peratus baik lantaran dokumentasi uang terpaksa dibuat

faizal said...

Sabar..

kita berbicara soal keadilan..

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.Keadilan itu syurga orang yang terkena zalim dan neraka bagi yang zalim.Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah.Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah.Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai.Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. Keadilan yang ada pada diri seseorang raja,laksana sebentuk mutiara.Meskipun yang empunya telah mati,mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya