16 February 2010

KELANTAN TAK BUAT PERARAKAN MAULIDUR RASUL: BERANIKAH UMNO BERDEMONSTRASI?

Kerajaan Pas Kelantan pada tahun ini tidak akan mengadakan Perarakan Maulidur Rasul seperti amalan kebiasaan sebelum ini. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub di Kota Bharu hari ini.

“Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,”

Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian. “Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad,” .

Jadi saya mencabar Umno, Datuk Ibrahim Ali yang menjadi presiden Perkasa serta mereka yang sewaktu dengannya untuk berdemonstrasi di Kelantan untuk membantah bahawa kerajaan pimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tidak Islamik atau tidak mengikut lunas Islam serta sunnah Nabi SAW. Umno mesti berdemontrasi di Kelantan agar tidak dituduh hanya berdemonstrasi di Pulau Pinang hanya kerana fahaman politik sempit. Saya juga teringin mendengar komen YB Zulkifli Nordin yang sebelum ini senada dengan Ibrahim Ali apabila YAB Lim Guan Eng dituduh berdolak dalih dalam isu perakan Mauludir Rasul. Saya juga teringin mendengar komen dari 'ulama-ulama' Umno berkaitan pendirian kerajaan Pas Kelantan tahun ini yang tidak akan menganjurkan perarakan Maulidur Rasul.

Jika Umno hendak berdemonstrasi di Kelantan berkaitan isu Perarakan Maulidur Rasul,saya cadangkan agar polis Kelantan memberi permit dan tempat khas untuk Umno dan kuncu-kuncu berdemonstrasi. Kepada Umno, selamat berdemonstrasi!

1 comment:

MANSOR JUNUS said...

Ternyata K'tan melihat isu2 agama dari perspektif yang lebih objektif. Perkara2 yang tiada banyak manfaat digantikan dengan program2 yang lebih wajar. Dengan ini bukan islam juga boleh lebih memahaminya sekali gus dapat menilai agama ini dari sudut yang sebenarnya. Barulah betul.