16 February 2010

ELAUN GURU TAKMIR MELAKA TINGGAL RM 10!


Bermula minggu ini semua elaun guru takmir di Melaka dipotong daripada RM 50 tinggal Rm 10 je. Perkara ini dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui surat yang diedarkan kepada semua guru takmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh Melaka. Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.

Saya mencadangkan, cek yang dipulangkan oleh kerajaan Negeri Selangor yang 'didermakan' oleh kerajaan Melaka untuk membayar tunggakan cukai tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan digunakan untuk menampung kos membayar elaun guru takmir di Melaka.

Saya rasa itu lebih besar pahalanya jika dilakukan oleh Ketua Menteri Datuk seri Muhd. Ali Rustam kerana mengutamakan keperluan dalam negeri daripada menjaga kepentingan negeri lain.

Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1 Melaka' baru-baru ini tak kanlah kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru takmir? Ada baiknya Ketua Menteri Melaka belajar daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimana kaedah menaikan elaun guru takmir dan para penghafal Al Quran di Pulau Pinang seperti yang dilakukan kerajaan negeri.

4 comments:

Unknown said...

Duit lebih RM5juta utk bantu YBK Selangor tu elok digunakan ditempat sendiri. Kesian guru tu.

KASIHCIKGU said...

gawatnya ekonomi, tapi Eye On Malaysia boleh diadakan. baca disinihtt; p://www.melaka.gov.my/userfiles/uploaded_speech/Eye%20on%20Malaysia.pdf

tuan aku nak guna artikel ni.

angkasanuri said...

salam, alangkah baiknya pembaziran bina Eye On Malaysia yang akhirnya kini jadi besi buruk digunakan untuk membayar elaun guru tu. Baik tak payah beri, macam satu penghinaan pulak nilai ilmu guru tu cuma RM 10.

Orangkasai...silakan

Anonymous said...

utk dapat nama sanggup habis juta2 atau berbillion.utk kepentingan agama mcm2 di sekat.agaknya kalau boleh tak nak bagi apa langsung.ingat la sikit mereka pun manusia punya tanggungjawab.