11 April 2010

HEBAT! AMERIKA DAPATKAN NASIHAT MALAYSIA, MALAYSIA PULA DAPATKAN NASIHAT APCO


Muka depan Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan Duta Besar Amerika, Dato Jamaludin Jarjis yang merupakan sekutu rapat PM 1Malaysia mendedahkan bahawa Amerika akan mendapatkan nasihat Malaysia dalam kunjungan PM 1Malaysia bertemu presiden Amerika sempena Sidang Kemuncak Nuklear.

Presiden Amerika itu dikatakan akan mendapatkan pandangan Malaysia berkaitan hubungan di antara Amerika dan negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam.

Mungkin dalam perbincangan dan sesi mendapatkan khidmat nasihat tu, PM 1Malaysia boleh memberi cadangan agar Amerika menggunakan khidmat APCO konsultan Yahudi yang berpengkalan di Israel seperti yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempopularkan jenama 1Malaysia.

Mungkin juga PM 1Malaysia boleh menasihatkan presiden Amerika mengambil tindakan serupa seperti yang dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat. Jadi Presiden Amerika tak perlu korbankan nyawa tenteranya dan bazirkan peluru dan bom untuk menawan Afghnistan, Iraq dan negara umat Islam lain.

Sebagai nasihat tambahan PM 1Malaysia juga boleh mencadangkan kepada Presiden Amerika untuk menggunakan agensi kerajaan seperti polis, mahkamah, SPR, SPRM dan sewaktu dengannya untuk mengekalkan kuasa.

Moga-moga Presiden Amerika akan mendengar nasihat PM 1Malaysia.

2 comments:

Abu Faiq said...

Salam,

1 Presiden Obama minta nasiht DS Najib tntang isu2 hubungan global politik-dilomatik-kslamatan antara Dunia lslam dgn AS dari perspektif lslam yg Najib dukung..? Woww..! Apa saja agaknya yg DS Najib dapat sarankan? Larang pemakaian tudung, niqab, jilbab sbagaimana dilarang di nagara2 kawan baik AS; Belanda, Perancis, ltali, Denmark dll... negara2 para pelabur modal di Malaysia...! atau apa?

2 Kalau benar2 anak Melayu/ Muslim sejati - yg juga penguasa - [yg ada tengkolok & keris spt yg diilhamkan oleh dutanya ke AS ketika pertama kali merapakkan sembah kdp Obama dulu], nasihati Obama: i] tarik keluar seluruh pasukan tenteranya dan segala jentera pembunuh AS dari lraq, Afghanistan, Pakistan dan dari wilayah2 di mana AS sentasa sahaja mengancam keamanan Dunia lslam & dunia seluruhnya; ii] hapuskan slogan busuk penuh hasutan 'war on terrorism' yg hakikinya tidak lain war on lslam]; iii] cukuplah, berhenti mendukung rejim pembunuh negara haram lsrael dan segala bntuan yg mnghidupkan 'anak haram' nya itu; iv] berhenti jadi polis
dunia & jangan anggap dunia pekan koboi filem Hollywood; v] nuklear bukan hak mutlak negara2 kafir sahaja; negara lslam pun mempunyai pakar. Kenap bias?, dan berbagai-bagai nasihat lain menepati apa yg lslam suruh dan lslam haramkan.

3 Dan yg akhir sekali .. dakwahi Obama - peluk lslam... sehingga dia layak dibai'ah sebgai Khalifah
untuk mengetuai Daulah Khilafah lslamiyyah.

4 ltulah sebaik-baik nasihat dan peringatan oleh seorang penguasa Muslim drp kalangan umat Muhammad SAW kepada seorang penguasa Kufr - sebagaimana Nabi SAW menyeru Herklius raja Rom kpd lslam - jika DS Najib bnar2 mahu meraih stinggi-tinggi kemuliaan & penghormatan drp Allahnya.

Wallhu a'lam.

Anonymous said...

Buat lah cerita apa pun!!! Seluruh negara Islam di dunia ini pun tidak menghormati Najib maka Obama nak dapat nasehat apa? Cerita ka apa?!!!