Pilihanraya kecil Hulu Selangor bakal menyaksikan orang Melayu dalam Umno bakal terkulat-kulat apabila impian mereka agar Umno bertanding tidak akan menjadi kenyataan. Walaupun orang Melayu mewakili 53.94% pengundi di situ. Saya cukup yakin BN tidak berani meletakkan calon lain selain daripada calon MIC. BN akan berhadapan risiko kekalahan yang lebih besar jika calon Umno bertanding.Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi mengumumkan bayangan bahawa MIC bakal bertanding.
Teorinya mudah, rasa tak puas hati Hindraf kepada Pakatan Rakyat kebelakangan ini dan peningkatan sokongan pengundi India di pilihanraya kecil Bagan Pinang akan dijadikan modal utama BN untuk memastikan pengundi India kekal bersama BN. Dalam erti kata lain BN lebih bimbang sokongan 18.98% pengundi India daripada pengundi Melayu yang sejumlah 53.94%. BN beranggapan orang Melayu akan tetap menyokong calon MIC dalam pilihanraya kecil nanti. Bagi pemimpin 1Malaysia semangat Melayu yang sedang meluap-luap dalam Umno akan dapat disejuk bekukan atas semangat BN, orang Melayu dalam Umno kena mengenepikan seketika kemelayuan mereka. Dalam erti kata lain, di Hulu Selangor sikap kemelayuan tidak lagi penting yang utama BN akan dapat menewaskan Pakatan Rakyat.
Ini bermakna semangat Melayu dalam Umno umpama biskut chipsmore, kejap ada kejap tak ada...Ada ketika menyerang dan menghentam Pakatan Rakyat tetapi hilang tiba-tiba kemelayuan itu apabila berhadapan risiko tewas dalam pilihanraya sama ada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan menyaksikan sekali lagi Umno akan mengenepikan kemelayuan mereka.
Benarkah dengan mengenepikan kemelayuan dalam Umno di Hulu Selangor, BN akan menang dalam pilihanraya kecil ini? Sebenarnya mereka tidak mempunyai pilihan, hanya MIC kini tersemat di hati ....
1 comment:
Mereka sebenarnya tidak mahu pilihanraya sekarang ini..buktinya mudah..mengapa mahkamah sehingga hari ini gagal mengeluarkan keputusan kekosongan DUN Kota Seputeh....ini maksudnya umno takut setakut-takutnya pilihanraya.
Kini mereka terpaksa menghadapinya samada mahu atau tidak mahu...mereka mesti hadapi.
Dalam suasana begini pelbagai kenyataan keluar dari mulut pemimpin-pemimpin umno yang bertujuan menenangkan gelojak di dalam perut mereka.
Sebenarnya mereka memang akui bahawa mereka akan kalah di Hulu Selangor....biarpun mereka telah menaja projek-projek mee maggie di sana.
Mereka tidak boleh menipu semua orang dalam satu masa......dan tidak semua orang boleh ditipu setiap masa.
Post a Comment