23 June 2010

KERAJAAN UMNO-BN TERDESAK TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN JI


Kerajaan Umno-BN sudah tandus dan hilang modal untuk berhadapan dengan pengaruh dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Isu Jemaah Islamiah (JI) adalah cubaan terkini Umno-BN untuk mengkaburi pandangan umum untuk mengaitkan tokoh Pakatan Rakyat dengan anasir JI.

Memetik laporan Malaysiakini berdasarkan taklimat Keselamatan yang dihadiri oleh pegawai tertinggi polis di sebuah hotel di Sepang malam semalam mengaitkan Presiden Pas Tuan Guru Dato Hj. Abdul Hadi Awang dengan JI. Turut disenaraikan ialah bekas Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Shahidan Kassim. Manakala Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikaitkan dengan penyebaran fahaman wahabi.

Patutlah Perdana Menteri 1Malaysia beria-ia mempertahankan bahawa anasir JI wujud di negara ini. Rupa-rupanya seperti dijangka tokoh Pakatan Rakyat khususnya Pas akan dijadikan sasaran untuk mengkaburi dan mengelirukan rakyat bahawa Pas terlibat dan menaja aktiviti keganasan.

Tuduhan ini merupakan satu penghinaan dan tindakan yang begitu memalukan apabila Umno-BN cukup terdesak dengan menggunakan taktik keji dan kotor mengaitkan tokoh ulama dalam negara yang terkenal dengan ketokohan ilmu serta disegani kawan dan lawan dengan tuduhan yang tidak berasas.

Ternyata, piliuhanraya umum yang semakin hampir menjadikan Umno-BN hilang pedoman dan cuba bertindak di luar batas kemanusiaan serta bertentangan dengan prinsip dan lunas demokrasi.

Walau bagaimanapun saya menyeru semua pimpinan, ahli dan penyokong pakatan Rakyat agar bertenang serta tidak terpengaruh dengan fitnah dan propaganda yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN untuk memastikan strategi kotor Umno-BN akan memerangkap diri mereka kembali.Saya cukup yakin rakyat di negara ini cukup matang dan boleh menilai situasi terkini yang berlaku dalam negara.

1 comment:

azman kamarul said...

Mereka sebenarnya cuba mengalih isu,tekanan kuat terhadap isu judi menjadikan pemimpin-pemimpin puak celaka ini telah merasai kepanasannya dan lantaran tidak dapat menepis serangan yang dibuat oleh lawan dan rakan sekelambu maka isu wahabi dicetuskan.

Cetusan idea ini pula diperbesarkan oleh anjing-anjing peliharaan mereka.

Persoalannya adakah mereka betul-betul ikhlas mempertahankan Islam?....Adakah selama ini memang menegakkan Islam di negara ini.

Dengan memfitnah orang lain melakukan LIWAT mencirikan mereka ini ikhlas menegakkan Islam?

Janganlah kita sekali-kali menyerahkan leher kita untuk disembelih oleh puak-puak celaka laknat ini.