24 June 2010

UMNO HANYA MAMPU LAHIRKAN ULAMA COPY & PASTE


Copy & paste istilah yang cukup popular terutamanya kepada pelajar kolej dan universiti yang memilih jalan singkat untuk menghasilkan tugasan. Bermakna karya atau tulisan orang lain diciplak tanpa izin serta membuktikan pelakukanya seorang yang kering idea serta memiliki pemikiran dan ilmu yang dangkal.

Inilah yang berlaku daripada 'ulama' hasil produk keluaran Umno. Setelah teruk diasak tentang keceluparannya mengaitkan tokoh negara dan pimpinan Pas terlibat dengan Jemaah Islamiah akhirnya Zamihan Mat Zin - penolong pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) mengakui bahawa beliau hanya copy paste berdasarkan tulisan Ustaz Dr Asri Zainal Abidin. Beliau juga menafikan mengaitkan Tuan Guru Dato seri Hj. Hadi Awang dengan JI.

Katanya, tafsiran itu dibuat berdasarkan tulisan Dr Asri melalui sebuah buku Bid'ah: Istilah yang disalahfahami yang diterbitkan beberapa tahun lalu. “Saya hanya copy and paste (salin dan tampal) pandangannya yang menyamakan (sambutan) Maulud Nabi dengan amalan orang Kristian,” jelasnya.

Maka kita berharap agar Umno akan melahirkan lebih ramai ulama copy paste seperti Zamihan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Harap tuan blog tidaklah terlalu fanatik dgn Dr. Asri. Kalau rajin, baca harakahdaily. Kolum yang ditulis oleh Dr Yusry Mohamad (Naib Presiden Majlis Amal Islami Malaysia) yang bertajuk "Tidak semua maklumat berkaitan Dr Asri benar".
Saudara tidak perlu tohmah Zamihan begitu. Saya pun bukannya anak murid atau sape2 pun dgn Zamihan untuk bela dia.Saya pun x kenal dia secara peribadi.Cuma saya rajin jenguk blog dia je.
Zaman sekarang ni kita nilai sesuatu benda tu pada hujjah seseorg.Cuba tgk blk hujjah yang ade dlm blog Zamihan.
Harap saudara ni main x men hentam je...
Pastu baca la berita malaysiakini (24.6.10) yang betajuk "Zamihan nafi kaitkan Hadi, Shahidan, Junda".
Kalau ade ape2 maklum balas, emailkan pada saya sbb saya x minat menulis, so xde la blog.Cuma saya suke baca blog org lain.

Nama: Redzuan
email: red_once@yahoo.com

angkasanuri said...

Fanatik Dr Asri? saudara tersilap tu. Walaupun pernah mengenali dengan dia masa di USM dulu tetapi fikrah kami berbeza. Hanya sekali dia mengajak saya mengikuti kuliahnya. Itulah yang pertama dan terakhir sebelum beliau membentangkan satu kertas kerja di KL tahun lepas.Zamihan menafikan setelah kenyataannya disiarkan secara meluas. Saya membuat penulisan bukan hanya satu sumber sahaja. Untuk makluman saudara informer saya termasuk dalam Umno sendiri dan sumber yang sangat boleh dipercayai.