11 August 2010

RUPA-RUPANYA UMNO PUNYA ANGKARA


Apabila kain rentang ini heboh diperkatakan, saya kata kepada seorang rakan mustahil ini dilakukan oleh PKR. Kata saya lagi kain rentang seperti ini sama seperti provokasi yang dilakukan oleh Umno dalam pilihanraya kecil atau umum untuk menunding bahawa kononnya ini kerja-kerja gila Pakatan Rakyat.

Tujuannya mudah supaya rakyat marah. Kali ini bukan sahaja nak suruh rakyat tetapi DYMM Sultan Johor juga murka. Manakan baginda tidak murka kain rentang itu sengaja dinaikkan di sepanjang laluan Kembara Mahkota Johor.

Bagi saya Dr. Chua Jui Meng bodoh kalau dia mengarahkan kain rentang bersama dengan sultan Johor yang menyokong beliau sebagai Menteri Besar Johor. Maka rakyat Johor yang kuat dengan semangat Umno dan Melayu akan marah apabila seorang cina disebut sebagai Menteri Besar. Lebih-lebih lagi melibatkan sultan Johor dalam hal ini.

Hari ini semua tembelang dan taktik kotor itu terdedah apabila Dr Chua Jui Meng mendedahkan bahawa bekas Menteri Besar Johor merupakan dalang di sebalik kain rentang yang menimbulkan kontroversi itu.

Menurut beliau, Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya.'."Nama bekas menteri besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan. "Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," katanya kepada Suara Keadilan.com.

Nampak sangat Umno semakin terdesak dan tersepit untuk memulihkan sokongan rakyat yang semakin menolak dan meluat kepada Umno. Saya yakin selepas ini banyak lagi provokasi dan taktik kotor akan digunakan untuk memburuk-burukkkan Pakatan Rakyat dan pimpinannya. Walau bagaimanapun saya yakin rakyat hari ini semakin matang untuk menilai senario politik yang berlaku dalam negara.

Kepada mereka yang melakukannya insaf-insaflah, bahawa mereka semakin ditolak oleh rakyat. Maka di bulan Ramadhan yang mulia ini banyakkanlah buat amalan dan bertaubat kepada Allah SWT. Tak guna berpuasa kalau perbuatan bergelumang dengan noda dan dosa. Wallahualam.

10 comments:

Anonymous said...

salam Ramadhan...

Penjahat-penjahat yang sudah biasa melakukan kejahatan tak ada istilah rehat walau di bulan Rejab,Sya'ban mahupun Ramadhan...

Oleh kerana Setan Iblis diikat di bulan mulia ini, maka bapak segala setan telah terbukti di depan mata...

Bodoh juga le kalau Umno yang jadi dalang mainkan sentimen Istana,memang diketahui sebahagian daripadanya memang berotak lembu...

mungkin juga peranan Apco ala mossad yang melakukannya tanpa Umno sendiri sedari...

Tanamkan tekad di bulan mulia ini dengan kekuatan Iman untuk melawan peranan Apco,barulah kita(rakyat) lejang Umno kerana mereka berenang dalam keadaan tangan dan kaki diikat mereka sendiri...

Apco hanya sesekali memberi oksigen untuk mereka terus bernafas di muka bumi ini dan Apco bijak menggunakan mereka kerana diumpan kemewahan duniawi.

saya sesangat bersetuju dengan angkasanuri kerana mereka tidak akan bediam diri merancang kejahatan yang lebih dahsyat selepas ini...memang 'machieviali' cara mereka.

walahua'lam.harap salah diperbetulkan,ianya pandangan peribadi.

-insan tagih-

Anonymous said...

banner tu dah lama tergantung....kalau umno yang buat...takkan pkr dan pas dan dap tengok jer.....logik ler sikit...
kalau bukan kita buat ...pergi biar tergantung buat apa.....kena siasat siapa pencetaknya....buat laporan polis....

ANAFAKIR said...

Jika benar UMNO dan pemimpinnya yg menjadi dalang di sebalik isu kain rentang tersebut terbukti benar dan mmg disahkan terlibat maka apa tunggu lagi?Bawa isu ni ke tengah.Saman pihak yg berkenaan.Biar Raja Johor tahu dan tidak memandang serong kepada Pakatan Pembangkang.Pihak istana perlu memanggil pihak yg menjadi dalang ini mengadap.Mereka yg terlibat wajar dihukum..mungkin mereka belum kena penampar sbb itu mereka sesuka hati menggunakan photo sultan demi keuntungan politik mereka dgn menjadikan Pakatan sbg kambing hitam.Mmg tak guna dan bertaraf pelacur politik mereka yg cuba mengambil di sebalik program KMJ tersebut.Alangkah tidak logik utk mengatakan Datuk Chua Jui Meng itu calon MB Johor sdgkan perlembangaan/Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri yg mempunyai raja atau sultan jelas mensyaratkan seseorg calom MB itu mesti beragama Islam, Melayu dan seumpamanya.Dr. Chua pun sedar akan hakikat tersebut.Amat dangkal kalau Pakatan di Johor tidak faham kedudukan undang2 Tubuh Negeri Johor. Jadi secara teknikalnya mmg bukan kerja org2 Pakatan tetapi pihak lawan yg bersifat lempar batu sembunyi tangan.Hampehhhh punya manusia yg sanggup melacurkan maruah diri semata2 utk kepentingan politik...cukup2 la memberi kuasa kpd pihak yg seringkali menipu dan membohongi rakyat..PRU13,biarkan kerajaan Pakatan pula yg memerintah Johor..cuba nikmati kelainannya sepertimana rakyat Kelantan sdg menikmati sekarang ini.

angkasanuri said...

Anonymous 9.40 am... dah lebih 20 laporan polis dibuat..Dr Chua secara terbuka sebut bekas MB Johor terlibat...jadi bekas MB tunggu apa lagi....tentang sekejap atau lama banner tu saudara tahu ke bila dinaikkan???

Pakteh said...

ini Bukti paling jelas UMNO adalah dalang dalam isu ini...jom ramai2 tengok.
http://3.bp.blogspot.com/_TWqwOnMGV78/TGOGLOslLUI/AAAAAAAAGN0/yYr6AkNQEf8/s1600/calon-mb-johor.jpg

abdul rahman abdullah said...

Kita rakyat yang hendakkan perubahan kena ucapkan terima kasihlah pada balaci umno yang buat, cetak dan gantungkan banner tu, kerana perbuatan mereka itu menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran umno johor dengan harapan istana akan melenting dan tangkapan dan dakwaan terhadap PKR akan berlaku, tetapi... kesian .. kerja bodoh mereka hanya di tertawakan oleh orang ramai sahaja, termasuk ahli-ahli dan penyokong-penyokong umno sendiri takkan percaya itu kerja PKR ..

Mat Kantoi said...

SAH.... MEMANG MAT SEMBAB DALANGNYA.

Anonymous said...

Tadi ada sebut banner tu dah lama digantung dan persoalkan kenapa PKR tak turunkan. kalau kita ada otak, rasanya banner tu tak der chop Majlis Daerah jadi kenapa majlis Daerah benarkan gantung, sepatutnya diturunkan saja, senangkan ? kenapa nak sampai buat laporan polis, majlis Daerah, tolong terangkan ! apapun, pengekalan rendah daya fikir dan hidup paras hidung untuk seluruh umat Melayu adalah matlamat utama pengekalan kuasa UMNO, kalau tak caya, cuba buka minda sikit...kenapa kawasan orang pergi sekolah, UMNO banyak yang kalah...

Anonymous said...

lihat gambar chua dengan poster itu di.... gerakan anti pkr.blogspot.com

Anonymous said...

Melayu Mundur Angkara Umno dan Perkasa

Bangsa Cina gemilang dimana - mana kerana mereka tidak perlu ditakutkan dengan momokan hak mereka dirampas. Bangsa Arab berada merata dunia kerana mereka percaya akan usaha sendiri. Bangsa India berada di mana saja kerana mereka kuat dan yakin untuk mencari sesuap nasi.

Orang Melayu Malaysia, terus lemah dan lemah. Inginkan pangkat hingga terpaksa membodek dan memijak rakan sendiri. Orang Melayu di Malaysia sepatutnya sudah maju kedepan namun malangnya terus dipaksa memegang harapan pada tongkat yang sebenarnya palsu semata. KETUANAN MELAYU, HAK BUMIPUTERA, ORANG MELAYU TERTINDAS dan sebagainya.

Cuba kita renung kembali siapa yang mula - mula merampas kuasa hak raja - raja Melayu? Siapa yang menarik kembali bantuan biasiswa kepada anak - anak Melayu? Siapa yang terus - meneruskan melambatkan usaha mencerdikkan orang Melayu di kampung? Siapa yang melambatkan segala macam perkhidmatan untuk perkampungan Melayu yang dinikmati oleh orang bandar?

Umno dan Perkasa sebenarnya menjahanamkan Melayu secara terus - menerus. Mereka hanya menggerakkan Melayu untuk bertindak ganas dengan provokasi perkauman yang melampau. Tapi pernahkah mereka menggerakkan orang Melayu masuk ke kelas - kelas ilmiah? Tanya pada Ibrahim si Firaun yang berwajahkan katak, apa sumbangan dia untuk mencerdikkan orang Melayu agar berdaya saing dalam ekonomi negara. Sumbangan dia hanya menakutkan orang Melayu terus - meneruskan dengan momokan orang Melayu akan hilang kuasa.

Apabila orang Melayu takut dan mula bergantung harap pada Umno dan Perkasa, mudah bagi mereka untuk terus membodohkan orang Melayu supaya setiap kali pilihanraya berlangsung maka secara automatik undi Melayu diberikan kepada mereka. Laungan Ketuanan Melayu menjamin kemenangan mutlak kepada Umno. Apabila kemenangan berpihak kepada mereka segala macam jenayah yang mereka lakukan akan dapat ditutup. KAMPUNG BEREMBANG, KAMPUNG MEMALI, TANAH ORANG ASLI, KAMPUNG BARU YANG AKAN DILACURKAN, dan segala macam jenayah keatas orang Melayu akan didiamkan dan dihalalkan oleh mereka. Itu belum dikira jenayah menyelamatkan syarikat perkapalan anak kandung sendiri dengan menggunakan dana PETRONAS. Siapa mereka itu? Sila tanya kepada Tun Mahathir Mohamad.

Kerana projek membodohkan Melayu ini berjalan lancar sehingga ada terperangkap dengan momokan bodoh mereka ini. Membodohkan dan membangangkan orang Melayu penting buat Umno dan Perkasa kerana jika Melayu sedar maka siap sedialah Umno akan ditalkinkan. Tambahan dalam keadaan sekarang, di mana orang Cina dan India secara mutlak menolak BN maka usaha terus membangangkan orang Melayu dipertingkatkan. Jika Pakatan Rakyat berjaya mencerdikkan orang Melayu maka selamat tinggal Umno dan Perkasa.

Kenyataan Mahathir dengan mengatakan orang Melayu akan jadi minoriti hanyalah satu lagi kenyataan memperbodohkan Melayu. Macam dia tak pernah melacurkan orang Melayu. Macam dia tidak pernah merogol kuasa raja - raja Melayu. Sekarang mahu jadi wira Melayu. Percaya atau tidak ada yang percaya kerana mereka telah dibodohkan dengan berjaya sekali. Mereka cukup percaya perkara itu akan terjadi kerana kebangkitan Pakatan Rakyat walhal yang menjahanamkan orang Melayu adalah Mahathir.

Melayu akan terus mundur jika percaya kepada propaganda jahat Umno, Mahathir, dan Perkasa. Melayu akan tetap terus menjadi satu bangsa yang kebelakang kerana kalian semua terus - menerus percaya kepada penipuan agung daripada Umno dan Perkasa dan terutama sekali Mahathir. Melayu terpinggir kerana Umno bukannya DAP. Melayu jadi minoriti kerana Umno bukannya DAP.