29 June 2011

PESTA OPERASI LALANG KEDUA AKAN BERMULA?

Pihak polis dengan arahan pimpinan atasan Umno makin bertindak keterlaluan apabila semakin ramai yang memakai baju Bersih ditangkap. Dato Seri Hishamudin selaku Menteri Dalam Negeri berkata memakai baju Bersih adalah satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia. Undang-undang yang mana, akta dan seksyen apa?

Rakyat Malaysia bukannya sebodoh itu mudah ditipu dan diperdayakan. Tidak ada peruntukan dalam Pelembagaan Malaysia memakai baju Bersih sebagai satu kesalahan. Provokasi dan tindakan keterlaluan kepada Bersih yang dilakukan oleh pelbagai yang diberi 'permit' oleh polis sebenarnya mempunyai motif serta agenda yang cukup besar.

Perkembangan muktahir menunjukkan Operasi Lalang kedua akan diadakan dalam masa terdekat. Pemimpin Pakatan Rakyat, NGO dan mereka yang didakwa terlibat akan ditahan di bawah ISA secara beramai-ramai. Mereka akan dituduh dengan tuduhan yang tak masuk akal seperti menderhaka kepada DYMM Agong. Macam-macam cara mereka boleh gunakan untuk menghalang Himpunan Bersih yang dilihat cukup menggentarkan pimpinan Umno dan yang sewaktu dengannya. Perintah Darurat serta Perintah Berkurung antara alternatif yang akan digunakan. Apa yang penting kuasa politik Umno dan BN perlu dipertahankan walaupun dengan apa cara sekalipun.

Rakyat yang berdemontrasi akan diancam dan ditakutkan dengan pelbagai ugutan. Langkah awal saya menyarankan pihak Bersih mengambil tindakan undang-undang menyaman pihak kerajaan dan polis yang bertindak menangkap secara keterlaluan mereka yang memakai baju Bersih. Laporan ke ICJ ( Mahkamah Keadilan Antarabangsa) adalah pilihan yang ada jika undang-undang dan mahkamah di Malaysia terbukti hanya menjadi alat kepada kerajaan Umno/BN yang kini umpama beraja di mata bersultan di hati.

1 comment:

kembara putih said...

Mereka tuduh orang ada agenda komunis tapi tindakan BN melalui polis lebih komunis dari negara komunis. Baju kuning BERSIH tak boleh pakai, hanya baju merah Pemuda UMNO yang boleh pakai. Dasar pemaksaan begini sejajar dengan negara Komunis.