08 July 2011

SEMUA KHATIB/ IMAM DI MELAKA SOKONG BERSIH DALAM KHUTBAH JUMAAT?

Saya hari ini bersolat Jumaat di Masjid Al Alami MITC salah satu masjid di Melaka yang jemaahnya kebanyakkannya golongan pertengahan dan profesional. Tajuk khutbah ialah tentang 'perpaduan'.

Saya yakin, tajuk khutbah hari ini semua sama di semua masjid di Melaka. Apa yang mengejutkan saya ialah khatib pada hari itu secara terbuka menyatakan sokongan secara tidak langsung kepada Himpunan Bersih. Di akhir khutbah, khatib menyeru supaya jemaah menjunjung titah DYMM Agong. Titah DYMM Agong, minta kerajaan berunding dan laksana amanah. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Maka dalam pertemuan Bersih dengan ke bawah Duli Tuanku pada 5 Julai di Istana Negara baginda memperkenankan Bersih berdemontrasi di stadium.

Jadi jelas khatib/ imam hari ini secara tidak langsung mengajak semua jemaah beramai-ramai hadir ke stadium seperti perkenan DYMM Tuanku Yang DiPertuan Agong. Daulat Tuanku!

4 comments:

Unknown said...

Di Gombak dan KL Bersih diburuk-burukkan sebagaimana ulasan Harakah, jemaah diperbodohkan, rasa nak keluar masjid pergi solat dimasjid lain macam di Masjid Pakistan atau India. Lebih aman, tak sakit hati. Ingat nak tambah pahala langsung tak menjadi, hati berkata-kata, stress, memang saya kena cari masjid lain minggu depan. Jangan solat di masjid kawasan Jawi. Orang besar Jawi terlalu mengampu, berucap di masjid dalam program khas dia puji Najib, bagi peruntukan sekian juta untuk masjid-masjid WPersekutuan. Saya tak masuk sebab dia ada, jadi duduk di luar masjid dengar celoteh politik Umno. Pengarah Jawi dah lebih-lebih sekarang.

Ummu Hasanah said...

Menyampah! Khatib2 di Malaysia skrg ni hanya "membaca" teks khutbah(yg sentiasa mengikuti isu2 politik UMNO dusta), bukannya menyampaikan khutbah spt yg Nabi buat...

Anonymous said...

Menyampah!!! Khatib2 di malaysia ni hanya "membaca" teks khutbah yg biasanya mengikuti telunjuk pemimpin umno yg lagha tu, dan bukannya menyampaikan khutbah spt yg Nabi buat... Wallahua'lam...

Unknown said...

Hari ni 15.7.2011, saya solat di masjid pakistan. aman dan tenteram, tak nak dengar kutbah dari Jawi yang merapu. kutbah menghasut. gunakan masjid untuk agenda umno. Ni kerja pengarah Jawi yang suka mengampu, macam Umno sangat. Mungkin dia masih pergi Kovil Hilir, konon semak buku agama untuk diterbitkan. entahlah...untuk seterusnya saya kena cari masjid yang berkecuali.