22 October 2008

APA NAK JADI JADILAH...MELAKA TETAP BERI DATUK PADA SHAH RUKH KHAN


Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pelbagai pihak, Ali Rustam tetap dengan pendirian bahawa kerajaan Melaka akan tetap memberi gelaran Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ) yang membawa gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan.

Katanya, kerajaan Melaka serius dengan penganugerahan itu sebagai satu pengiktirafan kepada Shah Rukh Khan yang telah mempromosikan Melaka secara percuma melalui filem lakonannya bertajuk One 2 Ka 4 yang difilemkan di A'Famosa, Alor Gajah beberapa tahun lepas.

"Beliau (Shah Rukh Khan) pun dah setuju, satu dunia pun sudah tahu, jadi kalau ditarik balik tak elok bagi kerajaan negeri dan bagi Shah Rukh Khan, macam kita tak fikir dulu sebelum beri, dah beri kemudian tarik balik, tak elok, buruk siku.


Shah Rukh Khan dikatakan telah bersetuju untuk datang ke Melaka pada bulan depan untuk menerima gelaran tersebut walaupun sebelum ini artis yang banyak berjasa kepada Melaka ini dikatakan turut terkejut dengan anugerah yang bakal diterima.Hal ini kerana walaupun lebih banyak menjadikan negara sendiri dan negara lain terutamanya di Eropah sebagai lokasi penggambaran filem beliau namun jasa dan sumbangan beliau mempromosi dan mengharumkan negara sendiri dan negara lain tidak mendapat pengiktirafan seperti yang diberi oleh kerajaan Melaka.

Maka selepas in pasti Shah Rukh Khan dan pengeluar filem Bollywood yang lain akan berpusu-pusu datang ke Melaka untuk membuat penggambaran filem untuk mendapat lebih banyak anugerah dan darjah dari kerajaan Melaka.

Selepas ini kita akan dapat menyaksikan dominasi filem dan drama Indonesia yang selama ini menguasai stesen TV tempatan akan dikuasai dan diambil alih oleh filem dan drama Bollywood pula kerana banyaknya penggambaran filem Bollywood di negara ini khususnya di Melaka.

Tak sabar rasanya nak menonton Shah Rukh Khan dan pelakon Bollywood lain selepas ini akan menari terkinja-kinja di Pulau Melaka atau di dalam Melaka Digital Mall, berguling-guling menyanyi di atas Bukit Cina dan berpusing-pusing di dalam 'Eye On Malaysia'di Bandar Hilir. Secara tak langsung seluruh dunia tahu betapa banyaknya projek gajah putih di Melaka.

4 comments:

Anonymous said...

wahwah!Melaka tetap berdegil untuk memberi gelaran "datuk" kepada bintang Bollywood ini.alasan mereka memberi gelaran tersebut adalah kerana "Shah Rukh Khan telah mempromosikan Melaka dalam filem one 2 ka four".

bagaimana pula krew-krew,penerbit serta pengarah yang terlibat dalam filem tersebut?.mereka juga terlibat dalam "mempromosikan" Melaka.nak beri mereka semua gelaran "Datuk" juga.

bagaimana dengan anak-anak Malaysia yang telah menempah nama didalam dan luar negara.tidakkah sepatutnya anak-anak Malaysia ini yang didahulukan berbanding bintang Bollywood tersebut?.

anak kera disusukan,anak sendiri mati kebuluran.

Unknown said...

kenapa la pulak dengan kerajaan Melaka ni.memang mereka ada hak untuk beri sesiapun title itu tapi biarlah yang "diterima akal".

aku rasa ramai lagi orang Malaysia khususnya orang Melaka yang telah mengharumkan dan mempromosikan Melaka ke serantau dunia.kenapa mereka ini yang tidak didahulukan?.apa salahnya dihargai dulu jasa anak watan dengan tidak semestinya diberi gelaran "datuk" kerana ada cara lain juga.

harap selepas ini kerajaan Melaka dan kerajaan lain jangan nak buat hal sebegini lagi.

Anonymous said...

Pendirian kerajaan Melaka yang sungguh tak patut. Segala kritikan terhadap penganugerahan Datuk kepada SRK tidak diendahkan. Maka bertambahlah sakit hati para artis veteran negara yang sedia ada di negara kita dengan pendirian ini. Ramai antara mereka yang lebih layak untuk gelaran itu berbanding SRK...Apa nak jadi ni?

Anonymous said...

Macam ada suatu yang tak kena je? Tapi takpelah, tak nak tuduh-tuduh. Berdosa kalau ia tak betul. Walaubagaimanapun, sikap kerajaan Melaka yang berdegil untuk tetap meneruskan penganugerahan Datuk kepada Shah Rukh Khan adalah sangat mendukacitakan rakyat dan veteran yang sepatutnya lebih layak...