09 October 2008

SIAPA CALON UMNO YANG BETUL-BETUL BERSIH ?

Isu yang agak hangat sekarang ialah kemelut yang berlaku dalam UMNO menjelang pemilihan pada Mac nanti. Semakin ramai yang berangan-angan dan bermimpi untuk menawarkan diri bertanding jawatan-jawatan tertinggi dalam UMNO. Sila namakan atau fikirkan satu calon dalam UMNO yang bebas dari sebarang isu seperti rasuah, skandal, gejala moral dan apa-apa unsur yang tidak sihat. Sekiranya anda tidak mampu menamakan siapa individu yang bersih dalam UMNO yang berhasrat atau mencalonkan diri untuk bertanding maka fikir-fikirkanlah sebab apa anda masih kekal dalam UMNO. Agaknya siapa dia orang yang benar-benar bersih dalam UMNO yang menjadi pilihan anda ? Datuk Seri Najib Tun Razak ? Tan Sri Muhammad Taib ? Tan Sri Rahim Tamby Chik ? Datuk Ali Rustam ? Atau siapa sahaja dalam UMNO…sila nyatakan pilihan anda.

6 comments:

Anonymous said...

Kalau jika dilihat calon-calon yang betul-betul bersih, pemimpin-pemimpin dalam Pakatan bersih sangat ke?

Anonymous said...

siapa agaknya eh?hmm...

haaaaaaaaaaaa!

sy tahu!

sy tahu!

orangnya ialah.....Pak lah!

:P

Anonymous said...

Ok lah man kanan. Saya minta anda namakan nama pemimpin PAS, DAP dan PKR yang terlibat dengan gejala tidak bermoral seperti rasuah, skandal seks dan penyelewengan. Sila kemukakan fakta dan bukti. Isu Anwar Ibrahim, satu Malaysia dah tahu...tipuuuuuuuuuuuuu

Anonymous said...

cari la..
susah nak jumpa yang betul2 bersih.
Jangan cakap UMNO, parti-parti yang lain pun sama juga.

Anonymous said...

ya sokong orang keadilan melaka. buktikan dan statekan. jangan tau cakap saja

Anonymous said...

sokong kampung sebelah ngan keadilan melaka...bgila bkti dlu.jgan main tduh jek.....bkan mcm hal orang2 bsar BN dah byk dah bkti..x ad sorang pun y bersih...so i2 bkn pnipuan...