28 October 2008

TUNDA PEMBELIAN EUROCOPTER: AMARAN PAK LAH KEPADA NAJIB?


Kerajaan hari ini mengumumkan menangguhkan pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan hari ini.

Alasan yang diberikan ialah sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global, kata perdana menteri.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri pertahanan berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Walau bagaimanapun menurut pandangan saya, tindakan Pak Lah merupakan satu isyarat kepada Najib yang bakal mengambil alih jawatan perdana Menteri dan presiden Umno agar tidak terlalu ghairah dan bersikap cuba lawan 'towkey'. Najib perlu ingat, walaupun pelan peralihan kuasa telah diumumkan pada Mac depan, pada ketika dan saat ini Pak Lah masih lagi Perdana menteri Malaysia. Bermakna beliau masih berpengaruh dan mempunyai kuasa. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Justeru itu pelbagai kemungkinan dan tafsiran dapat dibuat berdasarkan tindakan Pak Lah ini. Lebih-lebih lagi, Pak Lah dikhabarkan kurang senang dengan perkembangan terkini dalam senario politik negara yang seolah-olah cuba memencilkan beliau dari arus politik perdana. Kenyataan dari Muhyiddin Yassin calon favourite Timbalan Presiden yang menjadi regu Najib baru-baru ini dikhabarkan telah menimbulkan kemarahan Pak Lah. Mungkinkah Pak Lah akan menggunakan 'senjata' yang merupakan rahsia Najib dan menteri kabinet lain untuk memastikan beliau kekal berkuasa ? Sama-samalah kita nantikan perkembangan yang seterusnya.

5 comments:

Anonymous said...

Pak Lah ni nak cover up apa lagi.Yang bersekongkol tu tendang saja keluar. Tak uasah nak bagi excuse pasal ekonomi negara semua dah tahu tapi kenapa nak tanda tangan juga.
KSU mindef tu pun tidak bagi tahu kat Pak Lah harga yang betul konon nya 1.67 yang 2.3 tu yang betul PAK lah depa dok kelentong Pak Lah.
Mereka semua dok pakat Pak Lah oiii..KSU MIndef, TUDM dan MOF tu.cuba lah Pak lah hentam depa tu tentu semua orang sokong Pak Lah.

Q33NY said...

salam.

Nuri perlu digantikan sebab sudah sekian lama digunakan dan sudah banyak nyawa melayang kerana Nuri ni.tapi dalam masa yang sama pembelian Eurocopter elok juga ditangguhkan sementara waktu bagi membuat persediaan jika berlaku kemelesetan ekonomi yang teruk.projek rakyat harus diutamakan dahulu.

syabas diucapkan kepada Abdullah dan Kementerian Pertahanan.

BELI EUROCOPTER DITANGGUHKAN

Kenapa pembelian Eurocopter ditangguh?

only said...

Nuri sudah terlalu lama digunakan oleh Kementerian Pertahanan.sejak saya kecik sehingga dah dekat 30an ini dah acapkali dengar Nuri terhempas dan nyawa terkorban.memang ketara yang Nuri is so last summer.

apapun Nuri patut digantikan dengan helikopter lain yang lebih selamat digunakan.tukarlah asalkan nyawa tidak lagi tergadai dan kerajaan tidak lagi rugi berjuta-juta helikopter selalu terhempas.

SapikSapik said...

Aku tak tau la kalau korang tapi hati aku tak sedap mengatakan bahawa Rosmah ni somehow ada terlibat dengan benda2 menjualbeli alat-alat pertahanan ni. Mana tak nya, dah lama khabar angin ni melanda. Masakan pokok boleh bergoyang lama kalau angin tak tiup kan.
Lagipun dah macam selalu sangat la Malaysia beli alat-alat military/ defense ni dengan harga yang melampau tinggi.
Sapa la punya kerja yang memandai pergi ubah harga sebenar dalam laporan..hye.

Samad said...

Ada baiknya kerajaan menangguhkan pembelian Eurocopter memandangkan krisis ekonomi global yang bakal melanda. Ia juga dapat mengurangkan 'hentaman' pihak pembangkang terhadap kerajaan...Tapi yang pastinya sekarang ni ada pula pihak yang mengatakan kerajaan tidak ambil berat tentang kisah-kisah lalu yang melibatkan Nuri...