11 November 2008

10 TUNTUTAN KEPADA PENGERUSI SPR BARU-MALAYSIAKINI


Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang dilantik pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR menggantikan Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkuatkuasa 31 Disember ini.

Abdul Aziz, 58, merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang bersara wajib pada 24 Januari 2006 sebelum dilantik semula ke jawatan sama secara kontrak.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, pelantikan Abdul Aziz dibuat kerana Ab Rashid telah tamat tempoh perkhidmatannya apabila mencapai umur 66 tahun pada 30 Disember ini.

Menjadi harapan saya sebagai rakyat Malaysia yang diberi amanah sebagai pengundi berdaftar untuk memilih pemimpin negara agar pengerusi SPR yang baru tidak mengulangi kesilapan dan kontroversi pengerusi SPR sebelumnya.

Perasaan tidak puas hati dan marah kepada SPR di kalangan sebahagian rakyat di negara ini masih membara kerana kegagalan SPR berperanan sebagai sebuah badan bebas dan telus dalam mengendalikan siri-siri pilihanraya yang lalu.

10 tuntutan dan harapan kepada pengerusi SPR baru ialah :

1.Memansuhkan sistem undi pos
2.Membersihkan daftar pemilih dari sebarang anasir penipuan dan penyamaran.
3.Melaksanakan pilihanraya yang benar-benar bersih dan adil.
4.Memastikan tidak berlaku insiden 'pengundi hantu'
5.Memastikan calon yang bertanding mendapat layanan sama rata.
6.Memastikan jentera milik kerajaan tidak digunakan mana-mana parti politik.
7.Menghapuskan budaya rasuah dalam pilihanraya.
8.Memperkenalkan sistem 'dakwat' semasa hari mengundi
9.Membenarkan semua wakil parti politik mendapat liputan sama rata dalam media massa
10.Tidak menjadi alat kepada mana-mana parti politik

3 comments:

Anonymous said...

Baguslah tukar dengan orang lain dari mengekalkan orang yang selalu flip-flop.

Tapi apapun, kita perlu tunggu PRU13 atau pilihanraya kecil untuk menentukan sama ada tuntutan itu 100% dipenuhi.

Anonymous said...

Untuk mengekalkan keadilan dan saksama cubalah lantik seorang pengerusi dari pihak kerajaan dan timbalan pengerusi dari pihak pembangkang.Kalau tidak pengerusi yang baru itu nanti pun akan menjadi kaldai kepada BN (ditunggang macam kuda)

Anonymous said...

Ada masa perlu tukar, eloklah jika tukar. Lain orang, lain cara 'pembawaan'nya. Mungkin sistem pilihanraya akan jadi lebih baik selepas ini...