11 November 2008

KELANTAN KEKAL REKOD TANPA RASUAH SELAMA 18 TAHUN-MALAYSIAKINI


Tahniah dan syabas diucapkan kepada kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana sejak Pas memerintah Kelantan dari tahun 1990 tidak ada sebarang laporan rasuah direkodkan yang melibatkan kakitangan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu tiada laporan salah laku atau kegiatan rasuah di kalangan kakitangan pentadbiran awam sejak 1990 sehingga sekarang.

"Setiap kali mesyuarat Exco bersidang lebih 100 surat dari pelbagai jabatan diangkat ke mesyuarat itu.

"Malah kadang-kadang melebihi 200 kertas berhubung permohonan rakyat dibincangkan," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri 2008 di Dewan Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Menurutnya perkembangan itu membuktikan kakitangan kerajaan negeri tekun melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam

Inilah hasil daripada keberkatan kepimpinan ulama' yang meletakkan Islam sebagai teras pemerintahan. Memberi keadilan dan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira batasan agama.

Walaupun menerima pelbagai kritikan dan tohmahan khususnya daripada Umno dan Barisan Nasional sepanjang menerajui kerajaan negeri, gaya dan kepimpinan YAB Tuan Guru terus disegani kawan dan lawan.

Pihak Umno dan Barisan Nasional khususnya di Kelantan perlu malu kepada diri sendiri kerana ternyata segala tohmahan kepada kerajaan negeri selama ini tidak berasas. Kerajaan yang bebas dan bersih daripada rasuah selama 18 tahun adalah satu rekod yang begitu membanggakan. Jadi tidak ada alasan sebenarnya kepada BN untuk merampas kembali Kelantan daripada diterajui oleh Pas.

Berbeza dengan negeri yang dikuasai oleh BN, salah laku rasuah yang melibatkan kakitangan awam adalah perkara biasa. Malah sesuatu yang 'ajaib' jika tidak ada kes rasuah direkodkan.

Sementara itu, kerajaan negeri yang turut dikuasai oleh Pakatan Rakyat iaitu Kedah,Pulau Pinang, Perak dan Selangor perlu mengambil contoh gaya kepimpinan dan sistem pentadbiran kerajaan negeri Kelantan agar dapat menjadi model pemerintahan amanah dan berkebajikan yang diperjuangkan selama ini.

2 comments:

Anonymous said...

kalau tak salah aku,ada suku sakat Nik Aziz yang pernah ditahan BPR atas tuduhan rasuah.tapi tak taulah jika tuduhan dikenakan hanya fitnah yang dikenakan oleh orang-orang yang dengki ataupun memang terlibat dengan rasuah.

Unknown said...

kalau benar kakitangan kerajaan Kelantan bebas dari rasuah,maka eloklah kiranya mereka berkongsi rahsia kejayaan tersebut dengan kerajaan negeri yang lain.ilmu yang baik elok untuk dikongsi bersama.