11 November 2008

WANITA UMNO SEMAKIN BERGOLAK-MALAYSIAKINI


Tengok tu, semalam kata lain! Hari ni kata lain:Mungkin itu agaknya sebenarnya yang dikatakan Rafidah kepada Sharizat

Kelmarin kata selesai dah. Keputusan 'sebulat suara' hasil 'pemuafafakatan' dalam wanita Umno.Hari ini lain pula jadinya.Awalnya Sharizat setuju menunggu hingga 2009 untuk megambil alih jawatan Ketua Wanita. Tetapi apabila melihat sokongan dan pencalonan yang menggalakkan daripada wanita Bahagian, Sharizat merasakan inilah masa yang terbaik untuk mendesak Rafidah mempercepatkan peralihan kuasa atau beliau bersedia dengan kehendak akar umbi untuk mencabar Rafidah untuk jawatan ketua wanita Mac depan.

Semalam bila semua AJK wanita Umno menyatakan sokongan padu pada Rafidah, Shahrizat terpaksa akur dengan kehendak agar 'bersetuju' dengan pelan asal.Tetapi tak samapi 24 jam selepas itu Shahrizat menyatakan sebaliknya iaitu beliau akan mendengar pandangan akar umbi untuk membuat keputusan sama ada mencabar Rafidah atau tidak.

Walaupun apa keputusan Shahrizat nanti sama ada bertanding atau tidak jawatan ketua Wanita Umno, apa yang pasti Wanita Umno sudah pun bergolak dengan wujud dua puak. Rasanya apa yang berlaku dalam Wanita lebih hebat berbanding apa yang berlaku dalam pemuda dan peringkat pusat. Cuma diharap tidak berlaku aksi berselising lengan dan adegan tarik rambut serta baling kasut tumit tinggi di antara satu sama lain.

3 comments:

nassis said...

kita jangan lupa juga pada Datuk Kamilia (ketua wanita UMNO bahagian Kuala Kangsar) yang telah layak bertanding jawatan Naib Ketua.dia mahu pelan peralihan itu dipercepatkan bagi mengukuhkan kepimpinan pusat pergerakan itu.dia berkata jika tempoh peralihan itu dilaksanakan mengikut perancangan asal, ia akan merugikan pergerakan itu kerana ia akan memberi kekosongan kepada jawatan Ketua Wanita dan melemahkan kepimpinan parti.

kosong kerana jawatan ketua akan dipertandingkan walaupun peralihan kuasa dipersetujui.mungkin Datuk Kamilia sudah tak sabar untuk memangku jawatan baru.hehe.

apapun,telah diputuskan semalam peralihan kuasa akan dijalankan seperti dirancang sebelum ini.namun Rafidah dan Shahrizat perlu ada kerjasama dari Kamilia kerana jika tidak akan ada pertandingan untuk jawatan Naib Ketua.

Sameon said...

Kalau persaingan antara mereka berdua sebuah persaingan sihat, tiada masalah. Yang kita khuatirkan jika mereka bergaduh tarik-tarik rambut je... Saya harap mereka berdua tidak mengeruhkan keadaan politik UMNO sekarang ni... Selesailah elok-elok. Jangan bagi peluang kepada pembangkang untuk melabelkan Wanita UMNO sebagai 'sedang bergolak'...

open sore said...

for me i think Rafidah is now on the taste of her own medicine.before this she supported the early retirement and the early power transition between Abdullah and Najib.

and now Wanita UMNO wants Rafidah to move out and gives way for Shahrizat the lead them UMNO women members.and to not suprise Rafidah refused to do so because she claimed "she's still loved by the Wanita UMNO".