19 November 2008

AYAH PIN AKAN DITANGKAP PADA WAKTU TERDEKAT?-MALAYSIAKINI


Jabatan Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah berjaya mengesan lokasi persembunyian ketua kumpulan Ajaran sesat ayah Pin dan akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawanya keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi.

Jelas beliau, ayah Pin akan didakwa setelah berjaya dijumpai nanti.

"Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.

"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk tarik dia keluar," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

1 comment:

lintahbertulang said...

Harap ayah pin ditangkap segera. Bukan apa, nanti dia lari lagi. Dia tu boleh hilang-hilang kot. Ada ilmu setan agaknya. Dahlah bawak ajaran sesat.. Tua kutuk tak sedar diri... Dah nak mati tu, bawak-bawaklah bertaubat...