19 November 2008

PERALIHAN KUASA ATAU GILA KUASA?-MALAYSIAKINI

Setelah Pak Lah bersetuju proses peralihan kuasa kepada Najib dipercepatkan pada Mac depan ingatkan segalanya telah berakhir dalam Umno. Rupa-rupanya banyak isu lain yang timbul.

Pelbagai spekulasi dan desas-desus mengatakan bahawa Pak lah sebenarnya didesak dan terpaksa berundur. Pak Lah dikatakan menjadi mangsa konspirasi politik Umno yang dicatur oleh Najib melalui kuncu-kuncunya.

Justeru itu, macam-macam cerita wujud selepas itu bahawa kem Pak Lah akan melakukan sesuatu bagi memastikan impian Najib untuk menjadi orang nombor satu tidak kesampaian.

Belum reda isu peralihan kuasa Pak Lah Najib muncul pula teori peralihan kuasa dalam wanita Umno yang melibatkan Rafidah-Sharizat-Kamilia. Pada awalnya masing-masing sebulat suara bersetuju peralihan kuasa pada 2009. Namun, perkembangan terkini melalui pencalonan yang diperolehi oleh Sharizat dan Kamilia daripada bahagian-bahagian wanita Umno wujud desakan dari akar umbi (ubi kayu?) agar peralihan kuasa dipercepatkan atau akan berlaku pertembungan di antara Rafidah-sharizat bagi jawatan Ketua Wanita. Kegawatan dalam Umno berjangkit pula kepada sayap kirinya kerana merebut kuasa.

Apa yang berlaku dalam Umno hari ini sebenarnya menyimpang dari istilah peralihan kuasa yang digembar-gemburkan oleh media. Apa yang berlaku sebenarnya merupakan sikap gila kuasa yang kronik berlaku dalam Umno. Masing-masing sanggup melanggar janji dan sumpah serta ikrar untuk mendapat kuasa. Kuasa adalah segala-gala bagi mereka. Walaupun Pak Lah sebelum ini menyifatkan Najib sebagai teman setia waktu susah dan senang tetapi kerana kuasa teman bertukar menjadi lawan.

Akhirnya apa yang berlaku, budaya rasuah dan permainan politik kotor yang menjelik dan memualkan semakin sebati dengan perjuangan Umno. Impian untuk berkuasa menyebabkan perjuangan Umno telah tersasar jauh yang satu ketika dahulu begitu berbangga dengan menghunus dan mencium keris mendakwa sebagai pembela nasib Melayu.

Masing-masing dalam Umno semakin lupa bahawa kuasa adalah satu amanah yang cukup berat yang pasti akan ditanya oleh Allah SWT. Mereka yang menyedari hakikat ini pasti akan berfikir panjang dan merasa berat untuk diberi kuasa.Hanya mereka yang gila kuasa sahaja sanggup bertelagah sesama sendiri demi mengejar nama dan kedudukan untuk mengumpul harta dan kekayaan

4 comments:

Dani said...

UMNO perlu melakukan sesuatu dengan pantas untuk re-vamp parti. Kalau tidak, tidak mustahil mereka akan tenggelam begitu sahaja.
Bukan semua orang bodoh nak musnah kan parti UMNO. Tapi yang bodoh-bodoh ini la yang selalu mendapat perhatian. Bikin rosak parti saja!

razali hakim said...

sesiapa dalam bidang politik ni terpaksa mengakui yang kawan boleh jadi lawan.politik ni banyak taktik dan tekniknya.

tak kisahlah pembangkang dan kerajaan masing-masing ada cara berpolitik tersendiri.

kita sekarang nampak UMNO bermasalah sebab UMNO yang menjadi tumpuan.cuba jika PR sekarang ini yang memerintah pastinya hal PR lah yang akan menjadi tumpuan.

sekarang ini di Kedah kerajaan disana sedang menghadapi masalah "tak puas hati" sehinggakan raja pun turut menegur.

hal-hal "merebut" kerusinya ini bagi saya perkara biasa.tipulah sesiapa yang berkecimpung dalam bidang politik tidak mahu untuk maju setapak lagi dalam karier politik mereka.cuma yang menjadi persoalan adalah sejauh mana seseorang itu bertindak demi mendapatkan sesuatu jawatan?

politik ni benda yang "keras" dan tidak mengenal belas kasihan.kalau tak mampu nak hadapinya,lebih baik duduk diam-diam.

laluanmotor said...

tiada istilah peralihan kuasa dalam umno(tidak layak huruf besar).Semua istilah yang digunakan dalam umno hanya untuk mengaburkan rakyat.

mohd said...

kita sering lihat UMNO tentang hal "peralihan kuasa" ini.tapi bagaimana pula dengan Wan Azizah dan Anwar sebelum ini dimana diberikan jawatan Azizah kepada Anwar dan Azizah mengosongkan kerusi parlimen P.Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya?

adakah itu boleh dikira sebagai "peralihan kuasa"?