Hishamuddin berbangga dengan peningkatan pelajar yang menduduki UPSR dari segi bilangan yang lulus dan dapat 5A meningkat.
Malam tadi saya dikejutkan dengan satu maklumat yang begitu mengejutkan dari sepupu saya yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Melaka tentang keputusan UPSR yang diumumkan di sekolah berkenaan.
Seorang pelajar di sekolah berkenaan hanya menduduki kertas pemahaman bagi subjek Bahasa Melayu dan tidak mengambil kertas penulisan ( subjek bahasa Melayu ada dua komponen iaitu penulisan dan pemahaman). Apa yang mengejutkan, walaupun hanya ambil satu kertas sahaja iaitu pemahaman, pelajar berkenaan dapat A! Semua guru di sekolah berkenaan turut terkejut dengan keputusan yang diperolehi pelajar berkenaan.
Ini merupakan satu bukti bahawa kementerian pelajaran telah memanipulasi keputusan dalam UPSR untuk membuktikan bahawa Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) telah berjaya. selain daripada kemungkinan graf lulus bagi subjek matematik dan sains diturunkan bagi memberi laluan lebih ramai pelajar lulus dan dapat keputusan yang lebih memuaskan bagi kedua-dua subjek itu.
Kementerian Pelajaran dan Lembaga Peperiksaan tolong siasat kenapa perkara ini berlaku. Saya sedia dedahkan nama pelajar dan sekolah berkenaan jika satu sisatan telus dan pendedahan hasil siasatan kepada umum dilakukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
macamana perkara ni boleh berlaku?mmg benar ada kesilapan teknikal ataupun memang ada yang memaipulasi?
namun nak kata Kementetian Pendidikan sengaja buat demikian bagi membuktikan kebersanan english and math in english.siasatan harus dijalankan dahulu sebelum membuat apa-apa tuduhan melulu.
Eh,kes ni wajar disiasat. Sudah la sistem pendidikan negara kita sangat diorentasikan dengan peperiksaan, kalau budak-budak senang-senang sahaja dapat A tidak bermakna la jawabnya.
Ada error mungkin..
dah budak tu ambik pemahaman je dan dpt A nasib dia la.... penulisan sure la fail sbb tak ambik... pastu ape kene mengena dgn math n science? saye bukan org gomen tapi kalo nak burukkan gomen taktik tu kene betul
Setakat papar komen tapi tak tulis nama sekolah dan tempat tak payah la bro .. dedahkan saja, tak perlu suruh buat siasatan yang telus atau tidak, nanti pandai2 la PR cari jalan pasal benda ni
Perkara ini harus disiasat terlebih dahulu. Jangan buat spekulasi terlalu awal kerana ada kemungkinan ia adalah kesilapan teknikal. Jangan kerana memihak pada pembangkang, maka perkara seperti ini terus di'spekulasi'kan menjadi isu panas yang akan mencemarkan nama kerajaan...
1. BM pemahaman dan penulisan adalah DUA subjek yg BERBEZA...
2. ini kerja orang BODOH, buat tuduhan tanpa siasatan.....
nampak sangat anoymous 12.48,1.37 dan 2.15 orang yang jahil dalam dunia pendidikan. Untuk makluman saudara kertas pemahaman dan penulisan adalah paper wajib dan campur dua baru dapat markahnya. Kalau dah satu paper tak ambik macam mana boleh dapat A. Komen saudara menunjukkan kebangangan saudara.
Untuk maklumat semua,
Bahasa kebangsaan Malaysia secara official adalah "Bahasa Malaysia", bukan "Bahasa Melayu"
Sila maklum.
jelas selama ini umno yang mengkhianati melayu kononnya pejuangkan melayu tetapi pejuangkan tembolok masing-masing. Ingatlah duit yang anda beri makan kepada anak bini yang jadi darah daging dari sumber rasuah dan haram daripada penderitaan rakyat. Maksud hadis : setiap darah daging yang tumbuh dari sumber haram maka akan diharamkan daripada mencium bau syurga
Post a Comment