16 November 2008

GILIRAN WANITA UMNO PAHANG PULA BERGOLAK-MALAYSIAKINI

Pergolakan yang berlaku di dalam Umno sekarang semakin parah dan tidak terkawal. Walaupun pelabagai gesaan dan nasihat dibuat, seolah-olah Umno hari ini semakin tidak dapat diselamatkan lagi.Semua ini menyebabkan mereka di dalam Umno saling tuduh menuduh di antara satu sama lain.

Hari ini wujud pelbagai puak dan kem dalam Umno.Walau bagaimanapun bagi golongan di peringkat bawahan dan bahagian keadaan ini adalah sesuatu yang dinantikan. Inilah masanya mereka boleh 'buat duit' dengan mendapat ganjaran dan habuan daripada mereka yang bertanding.Semakin banyak puak dan kem yang wujud maka semakin banyak peluang 'keemasan' untuk mereka mencari 'lebihan pendapatan'.

Terbaru apa yang berlaku dalam wanita Umno Pahang. Sehari selepas Ketua Wanita Umno Pahang, Datuk Maznah Mazlan, menyatakan wanita negeri itu memberi sokongan terhadap Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz dan mahu pelan peralihan kuasa pada Jun 2009 dikekalkan, kenyataannya disanggah keras Naib Ketua Wanita Pahang, Datuk Rosni Zahari, semalam.

Rosni yang juga Exco Wanita Umno berkata, kenyataan dikeluarkan Maznah kelmarin, amat mengejutkan kerana ia bukan pandangan sebulat suara Wanita Umno Pahang yang hanya bermesyuarat bagi membincangkan isu itu, semalam.

Malah, beliau berkata, tindakan Maznah memberi kata dua kepada Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya menetapkan pendirian sama ada mahu menentang Rafidah atau Exco Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim, adalah tidak wajar sama sekali, kerana ia seolah-olah menidakkan proses demokrasi dalam parti.

"Saya hairan kenapa Maznah memberi kenyataan itu semalam (kelmarin) seolah-olah ia sudah dipersetujui semua pemimpin Wanita Pahang, sedangkan mesyuarat untuk membincangkan isu itu hanya diadakan hari ini (semalam).

"Saya enggan hadir mesyuarat itu kerana berasa seperti diperangkap supaya bersetuju dengan kenyataan yang sudah dikeluarkan, sedangkan suara Wanita Pahang adalah sebaliknya.

6 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Boleh bercanggah pendapat kerana itu kebebasan bersuara dan demokrasi ciptaan sendiri.

Asal jangan terlondeh kain sendiri sudahlah..

Anonymous said...

Si Maznah tu kaki bodek, tengok muka pun dah tahu tapi otak nya beku.
Biar lah orang nak bertanding jangan lah di larang dan di ugut kalau awak tu takut elok lah diam sahaja dan jangan ingat dah jadi timbalan menteri awak tu pandai.
Orang macam Maznah ni lah yang akan menghancurkan UMNO.

Anonymous said...

Biarlah ada lebih Maznah di UMNO, biarlah ia cepat hancur. Selalulah saya harapkan lebihnya orang2 seperti dia, atau pun menteri yang bercakap. Lebihnya dia/menteri bercakap lebihlah seluruh dunia tahu bertapa banyak yang terkandung dalam otak dia orang. Amat melucukan dan juga memalukan.

Anonymous said...

biasalah tu ada percanggahan pendapat.karang bila tiada percanggahan pendapat sesuatu isu dikata "membodek" pulak.semua orang ada otak tapi tak semestinya semunya akan berfikiran sama.

aku pasti dalam PR pun ada juga percanggahan pendapat.cuma antara kita tahu atau tidak sahaja.

Unknown said...

percanggahan pendapat ni tak semstinya dorang tak bersatu.cuma masing-masing ada pilihan tersendiri.

akarumbi telah pun menyatakan hasrat dan impian masing-masing kepada calon yang dipilih.yang tinggal sekarang apa pula tindakan seterusnya oleh calon-calon yang dipilih itu.

Anonymous said...

man kanan..memang dasar umno totok..karat biru...insaf-insaflah sebelum kematian menjemput anda.