04 November 2008
ISU EUROCOPTER : SIASATAN PAC MENAMBAHKAN LAGI KEKELIRUAN-MALAYSIAKINI
Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam urusan pembelian helicopter Eurocopter yang telah digantung, kata Pengerusinya, Datuk Azmi Khalid hari ini.
Beliau memberitahu pemberita di Parlimen bahawa mesyuarat PAC mendapati tidak berlaku sebarang penyelewengan prosedur dalam proses tender pembelian Eurocopter.
Bagaimanapun, PAC memandang berat pemeriksaan fizikal tidak dilakukan ke atas 12 helikopter Eurocopter yang hendak dibeli oleh kerajaan itu.
Kalau bukan penyelewengan, apa istilah yang lebih sesuai? Tersilap kira ? Tak sengaja atau tersasul ?
Siasatan yang diumumkan oleh PAC menyebabkan keadaan bertambah keliru dan memeningkan. Rakyat ingin tahu bagaimana yang dikatakan tidak wujud sebarang penyelewengan jika helikopter yang ingin dibeli oleh Malaysia berharga dua kali ganda lebih mahal berbanding model yang sama dibeli oleh negara Brazil?
Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar dengan harga RM193 juta.Brazil telah menandatangani kontrak pembelian 50 buah helikopter Cougar yang bernilai US$1.2 bilion ataupun RM4 bilion. Manakala Malaysia pula telah menandatangani kontrak berjumlah RM2 bilion hanya untuk 12 buah helikopter Cougar.
Dua negara ini bagi sebuah helikopter dengan model yang sama sebanyak RM111 juta atau RM1.2 bilion bagi kontrak membeli 12 buah unit. Perbezaan kira-kira RM1.2 bilion. Adakah helikopter yang dibeli ingin dibeli oleh Malaysia disadur dengan emas tulen sehingga harganya berlipat kali ganda?
Dalam hal ini satu Suruhanjaya Diraja wajib diwujudkan bagi menyiasat tentang kemungkinan wujudnya unsur khianat dan cubaan menggelapkan wang milik negara. Saya sebagai rakyat Malaysia sudah tidak lagi yakin kepada Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) untuk menyelesaikan isu yang berlaku.
Sekiranya rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak membangkitkan isu ini, saya yakin pembelian Eurocopter ini akan diteruskan. Alasan kegawatan ekonomi hanyalah bertujuan untuk menutup agar isu ini tidak terus diperdebat dan dihebahkan kepada orang ramai lebih-lebih lagi ia melibatkan Najib yang disebut-sebut bakal perdana menteri.
Satu siasatan segera perlu dijalankan kerana dalam masa yang sama kita tidak mahu lagi menyaksikan lebih ramai nyawa anggota tentera yang terkorban kerana menggunakan pesawat Nuri yang telah layak dikategorikan sebagai pesawat antik yang sepatutnya telah lama disimpan di muzium.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Azmi Khalid nak jadi minister semula mah. Belum buat report dah announce.
Saya yakin ramai yang tak berpuas hati dengan kenyataan Dato Azmi berkenaan isu Eurocopter. Mana mungkin tiada penyelewengan sedangkan harga Eurocopter yang dibeli oleh negara lain adalah jauh lebih rendah dari harga yang negara kita beli...Apa istimewanya Eurocopter yang Malaysia beli? Ada ciri-ciri istimewa yang tiada pada Eurocopter yang negara lain belikah?
ganti nuri!
ganti nuri!
ganti nuri!
sudah banyak kali kita dengar tentang nahas Nuri.setiap kali ada berita keluar tentang nahas nuri,pasti ada nyawa parajurit kita yang melayang.
nuri sudah terlalu tua.dulu bolehlah kita bangga-banggakan dengan dengan nuri.tetapi nuri kini tidak mampu lagi untuk mengembangkan sayapnya yang sudah uzur.
harap kerajaan dapat mempertimbangkan secepat mungkin bagi nuri digantikan dengan helikopeter secanggih eurocopter.parajurit kita perlukan dan berhak mendapat helikopter yang jauh lebih moden dari nuri.
the deals are ok.but the problem rely on why there was no physical evaluation were made on the helis.but our pilots had tested it during the LIMA and they said it was good.several countries also uses Eurocopters and they run smoothly.
Nuris have to be replaced.period.no question asked.40 years of the same Nuris aint worth it.the lives of our pilots are far more valuable.
Penyelewangan dengan fakta yang begitu jelas sekali. Tak ada sebarang penjelasan dan tiada tanggungjawab dari sesiapa pun. Kes ini akan berterusan. Ahli pemerintah UMNO ini menganggap rakyat Malaysia semua bodoh macam babi dan mereka boleh melakukan apa saja dan masih terus memerintah. Bangunlah rakyat Malaysia semua dan lihatlah dengan mata kamu apa yang sedang berlaku. Duit darah peluh yang kamu bekerja susah payah, apa yang mereka lakukan. Lebih buruk daripada perompak.
Post a Comment