04 November 2008

JIKA ALI RUSTAM MENANG TIMBALAN PRESIDEN : SIAPA BAKAL KM BARU MELAKA ? DI MANA PILIHANRAYA KECIL AKAN DIADAKAN? - MALAYSIAKINI


Ali Rustam dah pun mendapat 31 pencalonan bahagian, hanya 8 pencalonan lagi untuk melayakkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno. Ali Rustam diramalkan akan mendapat laluan selesa untuk merebut jawatan nombor dua. Lebih-lebih lagi sokongan yang ditunjukkan oleh kem Pak Lah. Najib dikatakan lebih berminat menjadikan ali Rustam sebagai regunya berbanding Muhyiddin yang lantang dan berani. Silap haribulan Muhyiddin dilihat boleh melawan 'towkey'. Begitu juga Md Taib pemimpin yang diselubungi dengan pelbagai skandal.

Saya tertarik dengan posting senior merangkap kawan serumah masa di USM dulu blogger MMutaligat, di http://mutaligat.blogspot.com/ yang meramalkan satu pilihanraya kecil akan diadakan jika Ali Rustam menang jawatan Timbalan Presiden Umno. Timbalan Presiden secara automatiknya akan menjadi Timbalan Perdana menteri. Nak jadi TPM mesti jadi ahli Dewan Rakyat. Hanya dua pilihan je yang ada dilantik jadi senator atau bertanding pilihanraya kecil.Pilihan pertama mungkin tidak digemari oleh Ali Rustam.

Rakan saya MMutaligat meramalkan Datuk Sirat Abu ahli parlimen Bukit Katil akan mengosongkan kerusinya dan akan mengambil kerusi dun Bukit Baru yang diwakili Ali Rustam sekarang.
Kemungkinan itu tetap ada.

Tetapi berdasarkan sumber saya yang agak rapat dengan Ali Rustam, dia mengatakan sebaliknya. Datuk Mat Sirat Abu tidak akan memberi laluan kepada Ali Rustam, lagipun parlimen Bukit Katil dimenangi oleh BN dengan majoriti yang sedikit pada PRU ke 12 lalu.BN hanya menang dengan majoriti 1,758 sahaja mengalahkan calon PKR. Ali Rustam pasti tidak mahu mencari penyakit dengan bertanding di parlimen Bukit Katil.


Jadi parlimen mana akan menjadi pilihan beliau ? Menurut sumber saya Ali Rustam lebih berminat bertanding di Parlimen Tangga Batu yang sekarang ini diwakili oleh Datuk Idris Haron Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Parlimen Tangga Batu dianggap kawasan selamat dan kubu BN. Dalam PRU lalu dimenangi dengan majoriti 14,500.

Selain itu, Idris Haron merupakan anak didik Ali Rustam yang semakin dilihat lebih menyerlah dan berkebolehan untuk menggantikan tempat Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Melaka. Jadi adalah sesuatu yang lebih mudah untuk ' tukar suka sama suka' jika Ali Rustam berhajat bertanding di Parlimen Tangga Batu jika menang jawatan timbalan presiden pada Mac nanti.

Lagipun, Parlimen Tangga Batu bukanlah asing kepada Ali Rustam yang pernah bertanding di Dun Sungai Udang ( sekarang ini dikenali dun Pantai Kundor ) dalam beberapa siri pilihanraya lalu yang terletak dalam Parlimen Tangga Batu.

Apa-apapun sama-samalah kita tunggu sehingga Ali Rustam mendapat cukup pencalonan dan memenangi jawatan Timbalan presiden Umno pada Mac nanti. Dalam politik Umno macam-macam boleh berlaku.

3 comments:

Anonymous said...

wahwah.nampak gaya macam ada harapan besar untuk Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan berentap dengan Muhyiddin.ada kemungkinan juga Taib juga akan layak kerana hanya memerlukan lebih kurang 9 undi sahaja lagi (jika dikira undi Taib masih 30) untuk layak bertanding.

jika kesemuanya layak,maka kita akan lihat persaingan tiga penjur antara mereka bertiga.siapakah yang bakal dipilih?.kelebihan akan diberi kepada mana-mana calon yang bakal Presiden rasa boleh dijadikan regu yang sesuai untuk digandingkan bersama.

Hasbullah Pit said...

Parlimen Jasin tempat selamat bagi UMNO?

Rasanya dia tidak cari penyakit adakan pilihanraya, kalau dia menjadi menang timbalan, pasti dia akan dilantik senator

Anonymous said...

Nampaknya harapan untuk Ali Rustam jadi Timbalan Presiden cerah. Itupun jika 8 pencalonan lagi dapat dicukupkan. Patutlah semenjak kebelakangan ini selalu sangat menonjolkan diri, nak tarik perhatian untuk penuhkan kuota pencalonan rupanya... Bawa Eye on Malaysia ke Melaka la, bagi gelaran Datuk kat Shah Rukh Khan la... Apapun jika beliau berjaya, tahniah diucapkan...