18 November 2008

JOM MAKAN TEMBIKAI (Bacaan untuk lelaki sahaja)-MALAYSIAKINI


Asyik cerita isu semasa dan politik aje. Jom kita alih topik sekejap. Ini pun isu semasa juga, cuma fokus untuk kaum Adam sahaja.Berita baik untuk lelaki,kajian terbaru menunjukkan bahawa tembikai menghasilkan kesan dalam tubuh sama seperti Viagra, mungkin memberi jalan kepada penawar semula jadi bagi lelaki yang menderita mati pucuk, kata Bhimu Patil dari Universiti A& M, Texas Amerika Syarikat.

Penyelidikan dijalankan Patil dan rakannya baru-baru ini mendedahkan bahawa isi tembikai mengandungi paras tinggi asid amino 'citrullin' berbanding yang difikirkan penyelidik.

"Kami mengetahui bahawa tembikai mengandungi citrulline, namun tembikai mempunyai lebih banyak citrulline dalam bahagian isi berbanding yang difikirkan sebelumnya," kata Patil.

Ia penting kerana tubuh menukar 'citrulline' kepada 'arginine', sejenis asid amino lain yang berfungsi sebagai perintis kepada nitrat oksida.

Nitrat oksida, sebaliknya memainkan peranan penting dalam mengembangkan saluran darah dan proses ketegangan zakar. Fungsi utama Viagra ialah mensasarkan nitrat oksida yang menandakan laluan dalam zakar.

"Hanya kerana nitrat oksida diperlukan bagi menegangkan zakar, tidak bermakna memakan sesuatu yang kaya dengan citrulline akan menghasilkan 'arginine' yang cukup untuk menghasilkan ketegangan zakar," kata Irwin Goldstein, ketua pengarang Jurnal Ubatan Seksual dan bekas perunding bagi syarikat yang membuat ubat penawar mati pucuk.

Selepas berita ini mungkin lebih ramai orang akan tanam tembikai. Harga tembikai juga dijangka akan melambung dan mendapat permintaan tinggi dalam negara. Tak mustahil kerajaan akan menjadikan tembikai sebagai barang kawalan. Maknanya bertambah lagi tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Maka bertambah pening lagilah Datuk Shahril Samad selepas ini

5 comments:

Anonymous said...

Salam...
Berita baik untuk lelaki ni.. Tapi kalau ikut kata orang tua-tua dulu, buah tembikai ni buah sejuk. Tak berapa elok untuk saraf. (kalau tak betul, tolong betulkan)

Anonymous said...

Tembikai is approx 70% water and high sugar level. Before the guy gets the benefit, the guy probably got to go to the toilet 5 times first. haha.

Anonymous said...

aku tak bole tembikai banyak-banyak.nanti badan jadi panas dan perut memulas-mulas.haha.viagra la sangat.haha.

Anonymous said...

Kalau macam ni jadinya, makin meningkatlah jenayah rogol sana, rogol sini nanti.

Fauzi said...

untung le sapa jual tembikai.
Lps ni tembikai lak naik harga :)