08 November 2008

KETUA HAKIM NEGARA : TIDAK BICARA KES UMNO. BAGAIMANA KES PAKATAN RAKYAT?-MALAYSIAKINI


Tan Sri Zaki Tun Azmi, Ketua Hakim Negara yang baru menegaskan, beliau seboleh mungkin akan mengelak daripada mendengar kes-kes melibatkan Umno apabila ia dibawa ke mahkamah memandangkan beliau pernah mewakili parti itu sebagai peguam.

Jelas Zaki, beliau akan berbuat demikian sehinggalah merasakan persepsi umum terhadap diri beliau sudah berubah.

"Setakat ini kes Umno yang datang ke mahkamah, saya tidak akan membicarakan. "Saya kata saya tidak mahu (membicarakannya)? sehingga saya dapat menunjukkan kebebasan diri saya," katanya dalam satu wawancara.

Zaki ditanya bagaimanakah beliau akan mengendalikan kes-kes melibatkan Umno memandangkan wujud keraguan sesetengah pihak kerana beliau sebelum ini pernah mewakili Umno sebagai peguam.

Zaki, 63, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenan Majlis Raja-Raja pada 18 Oktober lepas.

Zaki yang sebelum itu adalah Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tun Abdul Hamid Mohamed yang bersara wajib.

Dalam hal ini saya bersetuju dengan Ketua Hakim Negara yang enggan mengendalikan kes melibatkan Umno. Ini kerana selain pernah menjadi peguam bagi pihak Umno dalam beberapa kes terdahulu, Tan Sri Zaki juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan Umno!Adakah beliau masih menjadi ahli Umno?

Di samping itu beliau juga sepatutnya mengelakkan daripada sebarang kes yang melibatkan Pakatan Rakyat. Sama ada melibatkan PAS, PKR dan DAP. Sama ada melibatkan perbicaraan pimpinan Pakatan Rakyat atau parti secara langsung.

Logiknya jika Tan Sri Zaki tidak mahu bersikap 'memihak' kepada Umno kerana pernah menjadi 'kaum kerabat' Umno, maka beliau juga perlu mengelakkan sebarang kes yang melibatkan 'lawan' Umno iaitu Pakatan Rakyat.Jika beliau tidak dapat mengelakkan situasi perbicaraan yang melibatkan sama ada Umno atau Pakatan Rakyat adalah lebih baik beliau berundur dari jawatan sebagai Ketua Hakim Negara supaya dapat memberi keadilan kepada semua pihak.

2 comments:

armouris said...

biasa la bila mula bertugas, macam2 janji best tabur...

kita tengok dulu apa akan jadi..

-----------------------
Derma Rumah Anak Yatim Budi Mulia, Perak
Awasi Tanda-tanda Strok
Dangers of Plastic in Food

Anonymous said...

Ada betulnya juga kata Tan Sri Zaki ni. Memang bagus beliau mengelak daripada kes-kes yang melibatkan UMNO. Bukan apa, nak mengelakkan daripada orang mengata. Pendapat penulis pun ada betul juga, jika kes melibatkan UMNO beliau elakkan, beliau patut buat perkara yang sama pada kes yang melibatkan pembangkang supaya ia dilihat lebih adil...