21 November 2008

LIM GUAN ENG KURANGKAN JUDI, PEMIMPIN UMNO???-MALAYSIAKINI

Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam agak kecoh semalam apabila ADUN dari BN ( Umno) mempertikaikan cadagan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng untuk mengurangkan cabutan nombor ekor dari 10 kepada 6.

Tindakan wakil rakyat dari DUN Berangan, Dato' Shahbudin Yahya yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP) seperti mendedahkan pekung di dada sendiri.

Menurut Shahbudin, mencegah kemungkaran perlu dilakukan dengan sepenuhnya dan bukan separuh-separuh seperti cadangan Lim Guang Eng.

"Judi adalah haram dan memang tidak boleh kompromi. Ia memang perlu dihapuskan ke tahap zero (sifar) dan bukan hanya mengurangkan bilangannya". Shahbudin dipetik sebagai berkata dalam meminta penjelasan dari Lim Guan Eng dalam sidang DUN semalam.

Dari satu sudut saya bersetuju dengan pandangan Shahbudin tetapi dalam sudut yang lain ternyata kata-kata Shahbudin umpama meludah ke langit yang jatuh ke muka sendiri. Apa yang Shabudin lakukan semasa BN dan Umno masih berkuasa untuk mengurangkan atau mengatasi masalah judi di Pulau Pinag? Malah sehingga hari ini beliau masih menjadi YDP MAIPP yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk mengatasi atau mengurangkan pusat perjudian di Pulau Pinang. Sikap beliau tidak kena masa dan tempat. Shahbudin sengaja nak memalukan diri sendiri dan Umno di Pulau Pinang dengan sikap yang ditunjukkan.

Shahbudin patut merasa malu kerana ada pemimpin bukan Islam yang ada inisiatif untuk mengurangkan kadar perjudian tidak seperti negeri yang masih dikuasai oleh BN dan Umno seperti apa yang berlaku di Genting Higlands dan Bukit Tinggi di Pahang pusat perjudian di situ semakin berkembang pesat ala Macau dan MontleCarlo.

4 comments:

blogger said...

tak payah lah kita nak kata pasal sesetengah negeri.setiap negeri ada pusat nombor ekor,sarang pelacuran,kawasan perjudian dan tempat-tempat yang boleh dikaitkan dengan gejala sosial.semua negeri sepatutnya mengembeling tenaga bagi mengelakkan kelakuan tidak bermoral dari terus merebak.

Anonymous said...

pada saya saudara Lim melakukan langkah yang betul. Macam orang ketagih rokok, kalau diminta hentikan terus maka sampai bila bila pun orang tu tak akan henti. tapi kalau dikurangkan beransur-ansur , dari 3 kotak, ke 2 , 1 , separuh kotak, langsung sifar, maka lebih senang membuat tabiat itu.

apapun, syabaslah kerana mengurangkan judi. orang UMNO jangan buat lawak, siapa dia pembesar UMNO pahang yang dapat wang kotor hasi judi lim goh tong untuk sekian lama? jawab jangan tak jawab.

Anonymous said...

Tahniah Lim, usaha yang harus dicontohi oleh puak2 umno...sekurang2nya ada usaha kearah kebaikan. Walaupun sedikit, namun ianya berusaha juga. Bak kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit.

Anonymous said...

tahniah yb, jng layan org umno ni, depa ni nama je islam tapi tak paham2 pun apa itu islam, sedangkan nabi berdakawah pun secara tertib dan perlahan2 dan memakan masa selama 23 tahun, tapi umno kat msia ni dah 50 tahun pun masih menolak kepimpinan islam, itulah sebabnya rasuah,judi,pelacuran dan arak semakin byk dan berleluasan, bagi umno kebendaan itu lebih penting drp keimannan.insaf dan sedarlah wahai org2 umno, pemimpin2 kamu kaya raya dgn rasuah jutaan ringgit dan sumber2 yg haram dan kamu yg kat bawah ni jadi barua dan pencacai utk dia org,ingatlah bahawa kita ini manusia bukannya LEMBU YG ADA OTAK TAPI TAKLEH NAK FIKIR, jadilah manusia yg teguh dgn islam dan berjiwa merdeka..