05 November 2008

MENARA TAMING SARI : RAKYAT SEMAKIN KELIRU-MALAYSIAKINI


Pihak pengurusan Menara Taming Sari semalam mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Menara Taming Sari pernah mengalami kerosakan seperti yang pernah disiarkan di dalam bolg ini.

Menurut pengurusan pemasaran dan jualannya, Mohd. Husni Husin apa yang berlaku merupakan prosedur biasa penyelenggaraan bangunan tiga kali setiap bulan. Setiap proses penyelenggaraan mengambil masa satu ke dua hari. Dia turut menafikan bahawa pengunjung menara tidak pernah merungut sepanjang menara tersebut beroperasi.

Maklumat yang diterima adalah berdasarkan daripada pihak Menara Taming Sari sendiri. selain melalui panggilan telefon, guru-guru pengiring yang terlibat dalam lawatan ke Menara Taming Sari membawa pelajar turut dimaklumkan perkara yang sama. Menara rosak bukannya diselenggara!Malah rombongan dari sekolah lain dari dalam dan luar Melaka dimaklumkan perkara yang sama oleh pihak menara. Menara Taming sari rosak!

Apa yang menimbulkan kemusykilan, kenapa menara tersebut kena diselenggara tiga kali setiap bulan? Berapa pula kos penyelenggaraannya? Bagaimana pula kos yang terpaksa ditanggung untuk 'menyelenggara' selepas tempoh setahun ? Adakah kutipan RM 2.5 juta yang dinyatakan tak sampai setahun beroperasi berbaloi dengan kos RM 23 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri? Berapa pula kos operasinya termasuk kos 'penyelenggaraan'?

Penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan Menara Taming Sari sebenarnya lebih banyak menimbulkan persoalan dan kekeliruan. Dalam hal ini pihak kerajaan negeri dan pengurusan menara perlu penjelasan lanjut kepada orang ramai khususnya kepada penduduk negeri Melaka yang telah banyak berkorban. Ini kerana penduduk Melaka terpaksa 'berkorban' kerana memberi laluan kepada projek pelancongan seperti Menara Taming Sari di negeri ini. Misalnya penduduk Melaka terpaksa'berkorban' menghadapi banjir setiap kali hujan lebat akibat sistem perparitan yang tidak sempurna. Pesakit dan pelawat di Hospital Besar Melaka terpaksa 'berkorban' bersesak-sesak kerana jumlah wad yang tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit dan tempat letak kereta yang tidak mencukupi.Akibatnya ada yang terpaksa 'berkorban' disaman gara-gara meletak kereta di bahu jalan di kawasan hospital Melaka kerana ruang yang sangat terhad untuk meletak kereta.

1 comment:

lintahbertulang said...

Sepatutnya pihak pengurusan perlu memberi penjelasan yang benar-benar meyakinkan, bukan mengelirukan kerana apabila penjelasan yang diberikan mengelirukan, ditambah pula dengan masalh infrastruktur yang teruk maka tidak mustahil jika rakyat Melaka khususnya akan menuduh ada penyelewengan berlaku...