Walaupun rakyat Malaysia mendapat dua berita baik iaitu penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 15 sen mulai hari ini serta diskaun 10% selama setahun kadar tol untuk kenderaan kelas 1 dari 7 malam hingga 7 pagi mulai 1 Januari depan,pengguna kenderaan awam menerima nasib di sebaliknya.
Kadar tambang bas ekspres kemungkinan akan dinaikkan pada tahun hadapan memandangkan kos operasi syarikat-syarikat bas terbabit semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Biarpun harga minyak sudah turun di pasaran, menurut Dato Noh Omar, menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi,kenaikan harga tambang itu tiada kena-mengena dengan fenomena harga minyak pasaran, kerana ia lebih berdasarkan kos operasi seperti harga tayar, bateri dan insuran dalam satu jawapan YB Salehhudin Ayub Ahli Parlimen Pas Kubang Kerian di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata, kenaikan harga tambang bas terbabit mungkin tidak dapat dielakkan memandangkan kali terakhir kerajaan menyemak kadar harga tambang adalah pada tahun 2005.
Tambang bas ekspres yang naik baru-baru ini tu apa dia? Noh Omar kata itu bukan kenaikan tambang tetapi surcaj pengangkutan awam. Macam -macam alasan diberi untuk menaikkan tambang bas ekspres. Sebelum ini sebab ada surcaj 30% dan sekarang sebab kos meningkat. Akan datang entah apa lagi alasan yang bakal diberikan.
Sama aje dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) naikkan tarif 10% pada Julai lalu sebab minyak naik, tapi bila didesak turunkan semula tarif sejajar penurunan harga minyak,Datuk Shaziman Menteri Tenaga, Telekom, Pos dan Komunikasi kata tak boleh sebab arang batu pula mahal! Berbelit-belit alasan yang diberikan.
Bermakna tidak ada manafaat yang diperolehi oleh pengguna bas ekspres yang rata-rata adalah golongan sederhana dan berpendapatan rendah. Terutama golongan yang sering berulang alik seperti pelajar universiti dan kolej, kakitangan kerajaan dan swasta yang berpendapatan rendah.Keadaan ini bakal menghimpit dan memberi tekanan kepada golongan ini di tengah-tengah kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin membebankan.
18 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Menteri BN yang 1000 satu alasan itu harus dibunuh.Rakyat sudah muak dengan bermacam alasan mereka.Sekarang tambang bas pula jadi isu, itu pun mereka tak dapat kawal.Dasar menteri BN penipu rakyat.Kalau di Sarawak memang kepala mereka sudah kena potong.
Post a Comment