12 November 2008
RAKYAT TERKEJUT JIKA HARGA MINYAK TURUN MENDADAK?-MALAYSIAKINI
Itulah alasan yang diberikan oleh Datuk Sharil Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna kenapa kerajaan tidak mahu menurunkan harga minyak secara mendadak walaupun harga minyak di pasaran global telah turun di bawah $US 60 terendah dalam tempoh 20 bulan. Alasannya cukup mudah dan melucukan, tak nak beri rakyat terkejut!
Shahrir berkata, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak.
“Dulu kita guna kaedah penurunan dua kali sebulan supaya pengguna tidak rasa terkejut. Begitu juga sekiranya keputusan kenaikan harga minyak dilakukan.
“Kalau harga nak diturun mendadak, kaedah yang sama juga mungkin digunakan apabila harga naik semula,”
Saya nak bertanya kepada pembaca, adakah anda akan terkejut atau gembira jika harga minyak turun mendadak? Sudah pasti sebagai pengguna kita akan merasa gembira apabila harga minyak rendah. Bila harga minyak rendah akan mendorong peniaga untuk menurunkan harga barang. Bila Harga barang turun maka kuasa beli akan meningkat. Siapa yang tidak suka bila harga barang rendah?
Sharil turut menegaskan,kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.
selain itu menurut beliau, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.
Kepada Pak Menteri carilah alasan lain yang lebih logik dan munasabah agar rakyat boleh terima walaupun sepatutnya harga minyak sudah lama berada di bawah paras RM 1.80 jika benar-benar kerajaan prihatin dengan masalah rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Hoi, Rakyat memang terkejut, tapi tu masa dia orang naik sebanyak 78 sen. Memang beruk Menteri ni, tak ada kepala otak.
tak kisahlah turun serta merta atau sikit-sikit.janji turun daripada takde langsung.teringin juga nak harga asal minyak masa sebelum naik dulu. :)
tak tau mahu si atuk ni. katakan harga minyak akan turun kepada RM1.92 apabila harga minyak mentah menjadi USD 72.
can the newsreporter remind him? photostate and blow up the report to show to him!!!
Sharir is saying it is OK to nail harga minyak RM0.78 secara mendadak but harga minyak cannot turun mendadak.
Anyone aware that in USA, petrol price is only RM2.05/litre without so called "subsidy" and their per capita income is so much higher than us? Petrol prices average USD2.22 a gallon in USA now. 1 US gallon = 3.7854 litres.
And I purposedly tried nasi kandar yesterday (SS2) and nope, my nasi kandar cost RM10.10 a plate (rice + ayam goreng + 1 small piece of mutton). My teh tarik cost RM1.60 a glass. My eyes nearly popped out. What price reduction nonsense it is.
Jika harga minyak dapat diturunkan ke harga asal pun kira ok lah... Alhamdulillah, harga minyak makin menurun.. Ada juga pnurunan walaupun secara berperingkat-peringkat...
Kenapalah Beruk beruk dok sane cakap macam bodoh. harga turun mendadak adake orang terkejut..ooohhh rupa rupanya masa harga minyak naik kepala botak sharir tak terkejut sebab dia yang naikkan.. bodoh betul la,,haaa sharir oh sharir balik kampung tanam Jagung lar..Budak kecik pun ketawa dengar u punya alasan...wakakakaka...u punya cucu pun sure ketawa terguling guling kat lantai...
Camtu pun masih jadi menteri lagi.. Lawak betullah menteri ni.
Post a Comment