Siapa yang betul dan siapa penipu? Kelmarin Exco wanita, Datuk Raja Ropiah Raja Ropiah kata tak ada perbincangan tentang peralihan kuasa Rafidah-Sharizat. Semalam,Datuk Halimah Sadique yang juga exco wanita Umno kata ada perbincangan tentang peralihan kuasa dalam mesyurat wanita Umno. Hari ini, Raja Ropiah masih tetap dengan pendirian bahawa Rafidah tak bincang isu peralihan kuasa ini.
Bermakna di antara keduanya ada yang tidak bercakap benar. Kata-kata mereka boleh diterjemahkan sebagai mempertahankan siapa yang mereka sokong. Tetapi masalahnya apa yang sebenarnya berlaku dalam wanita Umno? Mungkinkah kedua-duanya tertidur masa mesyuarat wanita umno yang mebincangkan isu berkenaan? Jika beginilah keadaannya rakyat boleh menilai sendiri sikap mereka yang secara terang-terang berbalah sesama sendiri. Apa yang lebih menjelikkan, ada di antaranya yang sanggup menipu untuk mempertahankan kepalsuan. Apa yang pasti mereka seperti ini tidak layak menjadi pemimpin untuk menerajui negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
tak pasti siapa sebenarnya yang benar dan siapa yang palsu.macam dalam blog ini kata masing-masing mepertahankan orang yang mereka sokong.
siapa yang sokong Shahrizat maka akan percaya kepada Shahrizat.siapa yang menyokong Rafidah akan menyokong Rafidah.
Post a Comment