03 December 2008

GILIRAN SIAPA PULA LEPAS INI AKAN DIPECAT?


Akhirnya seperti dijangka, Dato' Zaid Ibrahim dipecat dari Umno. MT umno membuat keputusan pemecatan itu dalam mesyuaratnya malam tadi. Tindakan pemecatan itu berkuatkuasa serta merta dan Zaid juga tidak boleh merayu keputusan pemecatan itu.

Marah betul nampaknya Umno kepada Zaid, berbeza dengan tindakan pemecatan yang dilakukan oleh Umno sebelum ini masih terdapat ruang ahli yang dipecat untuk merayu.

Dato' Zaid kini bebas untuk menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat untuk meneruskan prinsip perjuangannya. Pakatan Rakyat pasti tidak mempunyai sebarang masalah dan halangan untuk menerima Zaid. Pintu untuk beliau begitu terbuka luas.

Kita yakin ramai lagi ahli Umno akan mengikuti jejak Zaid. Giliran siapa pula selepas ini? Semua sekarang ini menungggu apa pula yang bakal terjadi kepada bekas calon Umno di pilihanraya kecil Permatang Pauh, Dato' Arif Shah Omar yang dikatakan turut berminat dan sedang mempertimbangkan opsyen untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana kecewa dengan apa yang berlaku dalam umno sekarang.

Begitu juga kepada Dato Rais Yatim yang akhir-akhir ini begitu lantang mengkritik apa yang sedang berlaku dalam umno. Terbaru semalam beliau menyatakan tidak setuju dengan pelaksanaan Program Pembelajaran Matematik Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) iaitu dasar yang didokong dan diputuskan oleh Umno yang berada dalam BN.

Kita tunggu dan lihat siapa lagi yang akan keluar atau dipecat dalam umno. Kita minta Umno ambil tindakan seterusnya kepada pemimpin-pemimpin mereka yang lantang mengkritik dasar Umno. Lepas ini siapa yang mengkritik Umno mungkin bakal menerima nasib yang serupa dengan Zaid.

4 comments:

Anonymous said...

nak bersuara dan memberi kritikan membina dalam UMNO tu tak salah.masalahnya dengan Zaid ni dia dah mengkritik dan kemudian siap pergi ke persidangan besar-besaran parti lain.dah nampak sangatlah yang Zaid dah tak berminat dengan UMNO.jadi tindakan UMNO memecat Zaid memang kena sangat la.Zaid pun xpayah pening-pening la nak jaga hati UMNO.dia boleh pilih mana-mana parti selain UMNO untuk dia sertai.

Anonymous said...

Dia ni memang cari nahas. Buat benda merepek banyak sangat. Memang dia nak benda ni kot. Dia saja ja. Elok juga tendang dia ni keluar. Macam nak menyusahkan orang je kalau lama2. Pergi lah dikitar semula dekat loji recycle pakatan rakyat yang sentiasa mengumpul hasil buangan.

Anonymous said...

Memang itu yang Zaid ni nak sangat dari dulu; dipecat dari UMNO. Cuma sekarang ni beliau saja buat benda yang boleh jadi sebab untuk dipecat..

Anonymous said...

Pemecatan Zaid ini sepatutnya menjadi satu iktibar kepada semua ahli UMNO. Jangan ingat mereka boleh berbuat sebarang tanpa dikenakan sebarang tindakan. Masih banyak cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu, dengan perbincangan dalaman lebih efektif daripada bising diluar sahaja. Takkan nak senang2 lari daripada masalah je, mana semangat perjuangan?