19 December 2008

KESIAN KAT ARTIS MALAYSIA...


Saya bukan nak membela artis dan tidak juga nak memberi publisiti percuma untuk mereka. Lagipun mereka dah cukup glamour dan popular. Tapi kesian kat mereka.Apa tidaknya, David Aramugam yang saya mula kenali sejak zaman kanak-kanak terutama melalui lagu Sampaikanlah Salam dengan bait lirik...


andai aku pergi dulu sebelummu
janganlah kau bersedih hati

...ku nanti kau di pintu SYURGA....

Bayangkanlah menyanyi sejak tahun 1969 dengan kumpulan Allycats yang cukup popular ketika itu ( dulu peminat juge..he..he..) dan masih menyanyi dan bertahan pada hari ini hanya dapat pingat Johan Setia Mahkota (JSM). Tetapi Shah Rukh Khan yang baru berlakon satu filem ( itupun satu klip je di Al Farmosa Resort) di Melaka dapat pingat Datuk! Macam mana ni?

Apa-apa pun tahniah kepada David Aramugam atas anugerah yang bakal diterima hari ini dari DYMM Agong.

Kepada artis-artis Malaysia yang lain, masih nak sokong BN lagi? Contohilah artis seperti Yassin Brothers, Amy Search dan lain-lain...Jom bersama Pakatan Rakyat!

1 comment:

nisha said...

salam.

bab bagi gelaran ni takde kena mengena dengan hal politik.selain Dave,ramai lagi artis yang tidak dapat pingat atau gelaran tapi mereka tetap meneruskan kerja seperti biasa.

saya hormat pada artis yang humble dan berpijak pada bumi yang nyata dan benar-benar naik kerana bakat mereka dan bukan hanya kerana kontroversi murahan.