19 December 2008

RAKYAT TERIMA BENCANA PEMIMPIN DAPAT NAMA


Bencana adalah satu musibah yang juga merupakan satu peringatan dari Allah SWT kepada hambaNya agar berfikir dan bermuhasabah dengan apa yang berlaku. Setiap bencana pasti akan ada yang menderita. Kematian yang tersayang atau hilang harta benda. Apa pun bagi mereka yang beriman musibah adalah satu ujian dari Allah kepada hambaNya.Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Berbeza dengan pemimpin hari ini bencana kepada rakyat jelata seperti satu peluang dan kesempatan kepada mereka. Menonjolkan pengaruh dan kuasa. Ketika itu mereka menjadi pemimpin yang begitu prihatin dengan nasib rakyat yang menderita. Hakikatnya ramai yang mempunyai tujuan serampang dua mata.

Apa yang berlaku dalam tragedi di Bukit Antarabangsa mendedahkan segala-galanya. Golongan kaya yang menjadi mangsa mendapat perhatian dan layanan istimewa berbanding mangsa yang terdiri dari rakyat biasa dari pemimpin negara.

Terkini isu laporan Jabatan Kerjaraya (JKR) tentang punca tragedi juga turut dipolitikkan. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dinafikan hak untuk mendapat laporan dan hasil kajian dari JKR disebabkan ada tangan-tangan ghaib di sebaliknya. Apa yang berlaku seolah-olah masih tidak menginsafkan kepada semua pihak. Apa yang cuba disembunyikan sebenarnya? Rakyat lebih-lebih lagi mangsa tragedi berhak tahu apa cerita sebenar di sebalik tragedi ini?

Dari segi kelulusan pelan pembangunan dan projek, mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Tidak perlulah menunding jari kepada mana-mana pihak. Apakah hendak menunggu bencana seterusnya baru semua hendak sedar dari lena dan angan-angan politik mereka?

Apa yang berlaku menunjukkan mereka ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi nilai kemanusian dalam diri mereka semakin terhakis demi cita-cita politik untuk mengejar nama dan kuasa.

5 comments:

sesumpah said...

pemimpin umno memnag tak ada hati perut!

angkasanuri said...

lucu juga membaca komen kawan-kawan yang nama je duduk dalam profesion profesional tapi masih kurang matang dan emosional. Komenlah blog ini dengan fakta. Kalau tak setuju jangan rendahkan diri anda dengan komen yang menjelikkan

side mirror said...

Dunia dah menuju akhir zaman

Jeffri said...

Siapa yang menuding jari? Bukan PKR ke yang menuding jari kepada kerajaan negeri terdahulu? Sepatutnya jangan kira semua tu, yang penting selesaikan maslah ini dulu. Sebab bencala yang terjadi berlaku pada masa pemerintahan PKR... Duduk diam-diam buat kerja sudahlah...

angkasagaban said...

Khalid pun nak jadi hero, bising dengan hal ni, konon2nya prihatin sangat lah tu. Benda macam ni tak payah nak bising2 sangat. Ramai lagi orang dok tengah sakit kepala sekarang ni.