08 December 2008

MELAKA BAKAL DILANDA BANJIR BESAR?

(KEMASKINI 11.20 am)Hujan lebat melanda Melaka sejak semalam hingga hari ini.Dalam perjalanan beraya ke rumah emak saya dapat melihat beberapa tempat di Melaka telah mula dinaiki air seperti di Bukit Rambai d telah mula dinaiki air. Stesen Petronas di Bukit Rambai juga turut ditutup kerana dinaiki air.

Pasukan Bomba dan penyelamat dilihat bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Air sungai Melaka di Taman Merdeka sudah mula menghampiri paras tebing. Insyaallah gambar terbaru akan dikemaskini tengahari nanti.

Penduduk di Taman Angkasanuri, Taman Merdeka dan Taman Datuk Tamby Chik Karim berada dalam keadaan bimbang dengan perkembangan yang berlaku.Mereka diminta bersedia menghadapi dengan pelbagai kemungkinan.


RUMAH PENDUDUK YANG DITENGGELAMI AIR

STESEN PETRONAS TURUT TENGGELAM

KAWASAN PERUMAHAN YANG TURUT BANJIR

AIR SUNGAI MELAKA BERADA DI PARAS BAHAYA

3 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

Saya jangka juga melaka akan banjir kalau hujan terus turun

Hasbullah Pit said...

Sebaik saja saya baca catatan ini, terus saya telefon Sarip.

"Stesyen kau banjir, tak bagitau orang"

Anonymous said...

Kat rumah saya pun hampir-hampir nak banjir..
http://ligakampung.com/blog/banjir-di-aidiladha/

Syukur.. tak jadi apa2 lagi.. Tapi nampaknya persediaan kena dilakukan...