30 December 2008

PEWARIS MEMBELA ISLAM DAN MELAYU???

Apa perlu Majlis Permuafatan Ummah ( PEWARIS) berarak dan berhimpun serta cuba mengganggu majlis anti Isa malam tadi di Stadium Bangi? Apa motif mereka sebenarnya? Adakah mereka benar-benar membela Islam atau hanya menjadi alat dan kuda tunggangan pihak tertentu?

Bagi saya tindakan mereka tidak lebih hanya mencari publisiti dan mempunyai agenda tersembunyi kepentingan pihak tertentu. Jika benar mereka membela Islam dan Melayu kenapa mereka menyokong ISA undang-undang zalim dan tidak bertamadun? Mana kitab dalam Islam atau pendapat tokoh mana-mana agama dalam dunia yang menjadi rujukan Pewaris membenarkan menangkap tanpa bicara tanpa dibenarkan membela dan mempertahankan diri? Bukankah Isa undang-undang yang bercanggah dengan ketamadunan manusia?

Mana suara Pewaris apabila nyawa umat Islam Palestin sedang diratah oleh rejim haram zionis? Bukankah membela dan mempertahankan saudara seagama adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam? Kenapa tidak ada sepatah pun kenyataan yang keluar dari Pewaris tentang isu umat Islam Palestin?

2 comments:

Mahyudin said...

Ini bukan masa nak menghentam PEWARIS ke, BN ke... Ada baiknya UMNO dan PAS bergabung untuk menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang diserang zionis laknat. Marilah kita sama-sama menunjukkan tentangan kita terhadap zionis c****a ni...

hafiz said...

salam! hahaha Pewaris cuma tahu bakar babi! hahaha