Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) hari ini mengadakan demontrasi aman di depan kedutaan Amerika. Menurut sumber malaysiakini seramai 500 orang terlibat dalam demontrasi tersebut.
Tahniah dan syabas kepada Pemuda Pas Pusat kerana menjadi pertubuhan pertama di negara ini yang tampil membantah secara terbuka kekejaman rejim haram Israel lakanatullah.
Walau bagaimanapun masa yang dipilih oleh DPPP bagi saya adalah kurang sesuai memandangkan pada hari ini adalah hari waktu bekerja. Sudah pasti ramai lagi yang ingin turut sama tetapi tidak dapat hadir dalam demontrasi pada hari ini.
Mungkin DPPP boleh memilih waktu cuti seperti semalam yang merupakan cuti umum seluruh negara. Tidak semestinya demontrasi perlu diadakan di kedutaan Amerika untuk menyerah memorandum bantahan, mungkin ia boleh dilakukan di tempat terbuka yang menjadi tumpuan umum di tengah ibu kota untuk menunjukkan kepada dunia dan menyedarkan masyarakat sekeliling agar prihatin tentang nasib saudara seagama. Memorandum kepada kedutaan Amerika boleh diserahkan pada hari ini sebagai kesinambungan demontras jika ia diadakan semalam.
Walau bagaimanapun saya yakin DPPP ada hujah dan justifikasi mengadakan demontrasi pada hari ini di depan kedutaan Amerika.Apa-apa pun sekali lagi syabas dan tahniah kepada DPPP Pusat....
30 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Memang umat Islam satu dunia amat bersimpati atas apa yang berlaku kepada saudara seIslam kita di Gaza. Kita juga mengutuk tindakan rejim israel laknatullah atas serangan gila mereka. Memang ramai yang buat demo bukan saja di Malaysia namun di negara lain juga turut membuat demo. Tapi saya yakin dengan cara berdemo tidak boleh selesaikan masalah. Israel dan Amerika takkan mengendahkan semua tu...Kalau dah perangai macam bangsat, bangsat jugalah. Mereka takkan mengalah dengan dunai Islam... Kita kena fikir cara lain yang lebih berkesan...
Post a Comment