14 January 2009

BN SEMAKIN TERDESAK DI KUALA TERANGGANU

Petunjuk minggu akhir kempen pilihanraya kecil di Kuala Terangganu menunjukkan Pas memiliki peluang cerah untuk merampas semula kerusi parlimen ini.

Kajian yang dilakukan oleh Merdeka Centre mendapati menjelang pengundian Sabtu ini, arah aliran sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu masih belum jelas manakala pola undian pemilih-pemilih Cina pula dijangka beralih kepada pembangkang.

Tinjauan pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan kira-kira 11 peratus pengundi masih belum membuat keputusan mengenai calon dan parti yang mereka bakal menyokong.

"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.

"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Sebelum ini ramai pihak sama ada dari PAS dan BN meramalkan undi kaum cina yang berjumlah kira-kira 10% menjadi penentu kepada kemenangan kepada mana-mana parti yang bertanding.

Dalam keadaan sekarang apabila aliran undi kaum cina memihak kepada Pakatan Rakyat, agak-agak BN akan senag duduk? Pasti BN sekarang dalam kepanasan untuk mengekalkan kerusi parlimen Kuala Terangganu.

Jadi tidak peliklah isu perkauman mula ditiup dengan pengedaran risalah berbau perkauman melampau. Ini didedahkan oleh Pesuruhjaya Pas Terangganu yang juga Timbalan pengarah jentera Pilihanraya Pas.

"Dalam media, pemimpin Umno dan BN bercakap soal perpaduan tetapi apabila datang kepada kaum masing-masing, mereka menyebarkan api perkauman," kata beliau sambil menunjukkan satu risalah yang disebarkan kepada penduduk Melayu di Kuala Terengganu.

Antara kandungan risalah itu adalah "Hanya kerana nak terus berkuasa, Tan Sri Khalid sanggup jadi barua DAP", "Haram jadah punya Khalid Ibrahim, sanggup jual bangsa sendiri" dan sebagainya.

Sudahlah kandungannya penuh dengan hasutan, fakta yang disiarkan dalam risalah bertajuk "Buletin anak Jawa Selangor" itu penuh dengan penyelewengan dan tipu muslihat, kata Mustafa.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, kenapa sampai perlu buat begini?" kata Mustafa dalam sidang media di Markas Besar PAS itu.

Bagi saya tindakan jijik dan tidak bermaruah ini baru peringkat permulaan, saya yakin pada hari-hari terakhir kempen dan hari pengundian nanti mereka yang gila kuasa dan takut hilang kuasa sanggup buat apa sahaja tanpa mengira dosa dan pahala.

5 comments:

bungaraya said...

Tanya kepada hati kita sendiri. Siapa yang menyelewengkan banyak fakta. PASkah atau UMNOkah. Siapa yang ekstrim perkauman? PASkah UMNOkah. Memang semua orang telah memaklumi bahawa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang kaum bukan islam sekarang ini bermaharajalela mengopak dan mengopek segala peluang dan ruang untuk mengisi poket dan bakul mereka. Mencari kekayaan dan kekuasaan. Kenapa cuba untuk menafikan. Apa alasan kuat MB Perak memberikan tanah 999 kepada cina? Apa lasan sebenar DEB dihapuskan oleh KM berbangsa cina di Pulau Pinang? Kenapa tidak telus dalam pembelian Camry oleh kerajaan negeri Selangor? Berdolak dalih? Ini semua menimbulkan kemarahan orang melayu. Yang masalahnya Dua MB tersebut adalah orang melayu. MAKA MARAHLAH UMNO. Maka timbullah perkataan yang tidak manis. Itu biasa. Tak baca blog? Bagaimana penulis PAS menggunkan perkataan kurang manis?

angkasanuri said...

Siapa yang bergaduh sesama sendiri? Pernah dengar politik wang dalam PAS? Pernah dengar dalam mesyuarat Pas ada adegan baling kerusi? Siapa yang memulakan isu perkauman 13 Mei 1969 dan Operasi lalang 1987? Kita boleh menipu orang lain tetapi fakta dan sejarah akan terpahat sampai bila-bila. Perkataan kurang manis? Mercedez dengan Camry? cuba teka yang mana lebih membazir?Mana perkataan yang perlu ditambah gula atau madu? Baca blog2 Umno...amboii...amboi... sopannya bahasa orang Umno!Jangan kita menjadi orang yang menipu diri kita sendiri.

angkasanuri said...

Salam,

saya nak menasihatkan orang seperti sameon, bunga raya dan man kanan lawatlah blog umno yang sewaktu dengan anda. Sebab anda memang tak boleh dengar pandangan orang lain.

Hamirdin b Ithnin said...

yang menyeleweng fakta tu UMNO. Bank Bumiputra Malaysia Berhad, bengkrap dan hapus. Siapa yang kebas? UMNO

Anonymous said...

sAUDARA.

TULISAN SAUDARA LEBIH ADA YANG PRO DAN ADA YANG KONTRA, BENAR APA YANG SAUDARA TULISKAN ITU SEMUANYA FAKTA DAN SEJARAH, APAKAH KITA MAHU CERITA DARI PEMIMPIS PAS BONEKA DAP DIPERAK MENAJADI SEJARAH? BERMAKNA SEJARAH ITU JUGA AKAN TERPAHAT DAN PAS SENDIRI JUGA MENCIPTA SEJARAHNYA. OLEH ITU PANDANGAN SAYA LEBIH BAIK FAKTA SEJARAH ITU DIPERHALUSI LAGI. SAUDARA..
ANWAR IBRAHIM BERKEMPEN PUN SAMA MACAM UMNO JUGA PERGI KAT TEMPAT CINA KEMPEN ITU INI..PENUH DENGAN HASUTAN DAN PERKAUMAN .
APAKAH SAUDARA SEDAR SEMUANYA ITU?
JADI SAUDAR KENA TELUS KETIKA MENULIS DAN PERLU ADANYA PRO DAN KONTRA.
SAYA SUKA DENGAN KOMEN SAUDARA BERTAJUK ADAKAH PRKKT SEJUK.